Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Friday, February 4, 2011

Shake Herbalife : Pilihan perisa shake sihat


Shake Herbalife: Pilihan untuk turunkan berat badan?

Seperti yang diketahui, produk utama dalam Herbalife yang paling penting untuk diambil ialah Formula 1. Walaupun dengan Formula 1 sahaja, seseorang boleh mendapat hasil penurunan berat badan. Hanya mengambil Formula 1 sebagai shake Herbalife untuk sarapan pagi sahaja, dapat membantu mengekalkan berat badan Dengan tambahan produk Herbalife yang lain seperti serbuk protein Formula 3, teh hijau teamix, atau Aloe Vera Concentrate, hasil yang diinginkan akan dapat dicapai dengan lebih cepat.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba atau baru hendak memulakan langkah ke arah  menurunkan berat badan secara sihat antara salah satu pilihan yang boleh dibuat ialah pilihan perisa Formula 1. Di Malaysia, hanya terdapat lima jenis perisa sahaja iaitu Chocolate, Cappucino, Vanilla, Strawberry dan Tropical Fruits.

Oleh kerana aku selalu ditanya tentang apakah perbezaan antara perisa-perisa shake Herbalife ini, dan perisa manakah yang paling sedap, rasanya eloklah kali ini kalau aku ceritakan lagi serba sedikit mengenai pilihan perisa yang disukai, dan pandangan aku mengenai semua perisa Formula 1, memandangkan aku pun dah pernah rasa dan ada semua perisa Formula 1 ini.

Perisa pertama shake Herbalife, yang memang menjadi pilihan dan kegemaran aku sejak dari dahulu lagi ialah perisa Dutch Chocolate. Perisa ini juga merupakan perisa yang paling popular di kalangan pengguna produk Herbalife.

Sejak daripada aku mula menggunakan produk Herbalife, sehinggalah sekarang, perisa Formula 1 merupakan perisa shake Herbalife yang paling digemari, dan yang paling dekat dihati. Aku sentiasa akan memastikan yang perisa Chocolate ini sentiasa berada dalam stok samada diambil begitu sahaja, dengan Formula 3, atau dicampur dengan perisa-perisa lain. Walaupun terdapat perisa lain yang mungkin menjadi pilihan, tetapi perisa shake Herbalife Chocolate ni tetap menjadi pilihan no 1 dan sentiasa diingati.

Bagi sesiapa yang belum pernah merasa perisa Chocolate ini, bagi aku rasanya betul-betul seperti coklat yang pekat (maybe dark chocolate). Chocolate sedap kalau diambil sendirian, lebih sedap dengan Formula 3 (rasanya akan menjadi seperti sedikit berlemak). Chocolate juga sedap kalau dicampur dengan perisa lain seperi Strawberry dan Tropical Fruit untuk rasa buah-buahan, dan perisa Vanilla untuk rasa chocolate yang lebih sedap. Untuk sesiapa yang suka rasa pahit seperti Mocha, bolehlah campur dengan Cappucino

Perisa shake Herbalife seterusnya ialah Cappucino, iaitu antara perisa favourite di Malaysia juga. Rasanya agak pahit, sesuai dengan namanya iaitu kopi. Rasa pahit kopi dapat dikurangkan sedikit dengan Formula 3 dan juga F1 perisa Vanilla. Akan tetapi aku telah pun menemui campuran yang terbaik untuk aku ambil dengan Cappucino bagi mengurangkan rasa pahit itu iaitu dengan F1 perisa Strawberry. Memang sedap!

Perisa shake Herbalife  seterusnya yang aku suka ialah Tropical Fruit. Perisa ini sungguh wangi. Baunya ada yg kata seperti esen pisang. Bagi aku baunya memang fruity. Rasanya pun betul-betul seperti jus buah-buahan, minus rasa manis dan berlemak. Aku suka mengambil prisa Tropical Fruit ini sendirian dan juga dengan Formula 3. Bila dicampur dengan Chocolate atau Strawberry juga akan menghasilkan perisa yang sedap, mengurangkan rasa buah yang kuat itu.

Perisa Strawberry merupakan perisa yang baru aku rasa, dan mulai disukai. Aku mula mengambil Strawberry dengan Tropical Fruit, dan juga Strawberry dengam Chocolate. Tetapi bila aku cuba Strawberry sahaja pun, rasanya not bad. Masih boleh diterima, tetapi jangan expect rasanya macam Strawberry Yogurt Drink tu. Tapi kalau dicampur dengan susu, anda mungkin boleh dapat rasa yg sedap lebih kurang mcm yogurt drink tersebut.

Perisa shake Herbalife terakhir ialah Vanilla. Aku tak berminat untuk ambil perisa Vanila sendirian, kerana rasanya begitu plain, Tetapi perisa ini lebih sebagai compliment kepada perisa-perisa lain, dan juga paling sesuai untuk dicampurkan dengan bahan-bahan lain seperti ekstrak jus untuk menjadikannya satu hidangan milk shake yang sangat enak.

Pilihan perisa shake Herbalife adalah bergantung kepada diri anda masing-masing. Ada yang suka Chocolate, tak suka Cappucino. Ada yang hanya boleh ambil perisa Strawberry sahaja. Jadi, sekiranya anda baru hendak mencuba hidangan shake Herbalife yang sihat dan sedap ini, jangan jadikan pilihan perisa sebagai satu masalah atau halangan. Kemungkinan anda tidak suka dengan perisa yang anda baru cuba. Nasihat saya, berikan masa dan lama-lama anda akan jatuh cinta dengan shake ini. Atau terdapat 4 pilihan perisa lain yang akan dapat diterima oleh anda.

Ini kerana Herbalife telah memperkenalkan perisa-perisa shake Herbalife di Malaysia berdasarkan kepada tekak orang Asia. Anda mesti percaya yang salah satu perisa memang sesuai dengan anda. Terpulang sama ada anda betul-betul ingin mencubanya.

Jadi, kepada sesiapa yang masih ragu-ragu sama ada mereka produk ini sesuai untuk mereka, atau sama ada mereka boleh telah atau tidak shake sihat ini, nasihat aku ialah, belum cuba belum tahu.

Untuk mendapatkan shake Herbalife yang sihat dan sedap ini, boleh hubungi saya di no telefon 017-9360797.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...