Bila ada orang tanya aku hari ni, "Masihkan menjadi Coach Herbalife?" Tersentak jugak sekejap.
Maybe akibat terlalu lama tak post entry dalam blog ni, orang yang baru nak mengenali siapa Aziera Yazid, akan tertanya-tanya, ke mana aku menghilangkan diri. Bagi yang dah lama kenal. diorang mesti dah lama tahu yang aku sentiasa aktif menjawab email, dan menjawab mesej dalam facebook.
Cuma kerana kesibukan waktu kerja, menyebabkan aku sedikit payah nak update dalam blog. Kadang-kadang nak update status dalam FB pun tak sempat. Especially waktu kerja, tak sesuai pulaklah kan...
Actually, bukannya aku tak nak update. Kadang-kadang idea untuk sesuatu entry tu dah lama bermain-main dalam fikiran. Cuma, aku tak berapa minat nak update dalam blog kalau cuma sebaris dua ayat. Kalau boleh, aku nak berikan maklumat penting mengenai pengurusan berat badan, Herbalife dan lain-lain maklumat kesihatan. Aku tak suka kalau apa yang aku tulis hanya berdasarkan pendapat peribadi sahaja. Eloklah setiap maklumat disertakan dengan fakta yang betul, dan diterangkan dengan jelas supaya orang yang membaca tidak rasa 'hanging' atau tergantung dalam sesuatu topik, kan?
So, akibat terlalu sibuk, aku tak sempat nak menyiapkan satu post pun dalam blog ni. Kalau tak percaya, boleh tengok sendiri berapa banyak draft post dalam simpanan, menandakan betapa banyaknya info yang aku nak tuliskan lagi.
Jadi, untuk jawab soalan yang diajukan, "Ya, saya masih lagi menjadi Coach Herbalife. Alhamdulillah semakin lama semakin ramai orang yang telah mendapat hasil dari produk ini daripada saya.
Syukur kepada Allah, masih lagi memberikan peluang kepadaku untuk menjalankan perniagaan Herbalife ini selain daripada menumpukan tugas sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku dan anak-anak yang memahami tugas aku sebagai seorang isteri, ibu, pekerja dan juga seorang businesswomen, tak lupa juga menjadi coach kepada ramai orang untuk menguruskan berat badan. Aku betul-betul bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah ini.
Dengan hasil kerja keras ini jugalah, InsyaAllah kami akan dapat pergi bercuti lagi dengan Herbalife,* dalam sedikit masa lagi. Semoga percutian kali ini dapat memberikan motivasi lagi kepada aku untuk terus berusaha mencapai paras yang lebih tinggi lagi dalam Herbalife.
* Pendapatan tertakluk kepada invididu (atau contoh )digambarkan dan bukan purata
Oh ya, walaupun saya diam, saya ada beberapa 'projek besar' yang akan dilancarkan, dan ada juga yang baru nak dimulakan, Insya-Allah sekiranya tiada aral, salah satu daripadanya akan keluar tidak lama lagi. Nantikan ye!
Cara Paling Berkesan Kurus Sebelum Raya
-
Apakah Cara Paling Berkesan Untuk Kurus Sebelum Raya?
Nak *kurus sebelum raya*? Senang je
Anda kena lah sertai Cabaran Kurus 21 hari dengan Coach Aziera Yaz...
No comments:
Post a Comment