Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, June 28, 2012

Testimoni Herbalife: Yanty

Siapa kata orang obese sahaja mudah turun berat dengan produk Herbalife? Semua orang pun boleh dapat testimoni Herbalife dan turun berat jika ambil produk Herbalife secara konsisten dan berdisiplin, dengan panduan yang betul dari seorang Coach semestinya!

Ini testimoni Herbalife terbaru dari Yanty. Umurnya baru 27 tahun. Masih muda tetapi sudah tahu kepentingan untuk jadi sihat, dan ingin turunkan berat badan supaya nampak lebih menarik dan dapat berat ideal. Yanty sedar sejak dia belajar lagi yang produk Herbalife memang boleh membantu dia turun berat badan dengan sihat. Tetapi, hanya apabila dia sudah bekerja sahaja dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli produk Herbalife bagi mencapai berat badan yang diidamkan.


Yanty sangat teruja bila beratnya turun sehingga 8kg! Menurut Yanty, dia sendiri tak pernah sangka dapat rasa berat dan bentuk badan sebegini. Bila bercakap mengenai testimoni Herbalife, memang boleh rasa keterujaan dia dengan results yang dia dah dapat!


Sekarang ni pun kawan-kawan sekeliling mula terpengaruh dengan pemakanan sihat yang diamalkan oleh Yanty dengan Herbalife, dan ahli keluarga mereka juga sangat menyukai produk Herbalife ini.

Jika Yanty boleh melakukannya dan mencapai berat yang diinginkan, anda juga boleh mendapat testimoni Herbalife seperti ini. Hubungi saya di nombor 0179360797 atau email aziera@azierayazid.com jika anda ingin lantik saya sebagai Coach dan dapat turun berat badan menggunakan produk Herbalife.


Tuesday, June 19, 2012

Herbalife products HOTLINE number?




Lately memang banyak call dan SMS yang aku dapat bertanyakan mengenai Herbalife products. As usual, aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab segala pertanyaan dengan rasa besar hati dan dengan niat untuk bantu orang lain.

Tapi...

Selain daripada yang baru berminat nak cuba dan tanya mengenai produk Herbalife ni, aku juga turut menerima pertanyaan mengenai Herbalife yang luar daripada keupayaan aku untuk menjawabnya. Mereka menelefon seolah-olah nombor phone aku ni nombor hotline syarikat Herbalife, dan aku adalah staf yang bekerja dengan Herbalife, atau pun aku kena menjawab mewakili semua Ahli Bebas  Herbalife di Malaysia.

Antara soalan yang ditanyakan:-

"Ada orang nak jual kat saya produk Herbalife. Betul-betul berkesan ke produk ni? Kalau ye, saya nak beli dengan dia"

"Kalau orang tu jual produk pada saya tapi tak nak guide saya, macamana?"

"Coach saya ajar saya ambil produk caranya macam ni dan macam tu, betul ke?"

"Coach saya suruh minum banyak air tapi kalau saya tak nak, boleh ke?"


Selain daripada panggilan telefon dan SMS,aku juga terima lebih dari seratus email sehari untuk bertanyakan mengenai produk Herbalife. Antara email ini juga ada banyak yang bertanyakan cara ambil produk yang betul, kenapa produk Herbalife tidak berkesan bila dia ambil sebelum ini tanpa Coach, dan macam-macam masalah lain.

Oleh itu, saya mohon sangat-sangat kerjasama dari semua yang ingin hubungi saya,  supaya hanya bertanyakan soalan yang berkaitan sahaja. Masa saya sangat terhad perlu saya gunakan untuk bantu Coachees saya, ahli-ahli saya dan ramai lagi orang yang hendak jadi sihat di luar sana. Jika anda ada masalah dengan Coach anda, tolonglah jangan datang mengadu dengan saya.

Saya hanyalah seorang Coach Herbalife. Saya tidak bekerja di pejabat Herbalife Malaysia Dan saya tidak bekerja mewakili mana-mana Coach Herbalife yang lain. Jika anda ingin tahu apakah kerja seorang Coach Herbalife lakukan boleh baca di sini. Saya sudah ceritakan dengan terperinci apa itu Herbalife Coach.

Jadi, mohon maaf jika saya tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan Coach anda. Untuk mereka yang masih lagi belum mempunyai Coach, dan baru ingin mencuba produk Herbalife, nasihat penting dari saya ialah supaya anda pilih Herbalife Coach yang terbaik untuk anda. Pastikan Coach anda betul-betul faham masalah anda dan kenalpasti produk yang sesuai dengan keperluan anda.

Email saya sekiranya anda ingin melantik saya sebagai Herbalife Coach anda ;)

Wednesday, June 13, 2012

Kerja dari rumah

Ya, inilah tempat kerja aku sekarang. Aku hanya bekerja dari rumah.

Apakah kerja yang aku buat di rumah setiap hari? Herbalife, of course.

Setelah 13 tahun bekerja makan gaji di 2 tempat kerja, mulai bulan Jun ini, aku telah memulakan kerjaya sebagai seorang wanita yang membuat kerja dari rumah sahaja.



Banyak perkara yang ingin aku ceritakan, sepanjang hampir 15 hari tidak mempunyai majikan, dan hanya bekerja sendiri sahaja. Tetapi, biarlah kisah kehidupan aku bekerja sendiri ini diceritakan melalui posting aku setiap hari.

Banyak pertanyaan sebenarnya tentang kenapa aku memilih untuk meletakkan jawatan sebagai seorang Pengarah di sebuah Kolej Universiti terkemuka di Malaysia. Persoalan yang bermain di fikiran semua yang aku kenal ialah kenapa aku sanggup untuk meninggalkan gaji dan elaun yang agak besar untuk bekerja sendiri. Walau pun pendapatan aku bekerja di sana, tidaklah sebesar orang lain di luar, tetapi aku sudah berada dalam kelompok bergaji besar di tempat kerja aku ini.

Mungkin jika orang lain betul-betul kenal dengan diri aku yang sebenar, dan memahami apa yang aku inginkan dalam kehidupan aku untuk waktu sekarang, dan juga untuk masa depan aku dan keluarga, mereka tidak akan memberikan persoalan ini.

Aku tidak akan menjelaskan secara terperinci kenapa aku mengambil keputusan ini. Cukuplah kalau hanya orang-orang yang tersayang aje yang memahami perkara ini.

Secara ringkasnya, bila sudah sampai masa untuk kita memilih, then, itu lah yang kita kena lakukan. Sometimes, we will keep trying to ignore our options to choose. Kita cuba untuk berasa selesa dengan keadaan kita pada masa itu. Dalam masa yang sama, kita akan menyebabkan orang lain atau diri sendiri yang merasa sengsara, tidak selesa dan tidak bahagia.


Bayangkan kehidupan anda sekarang berada di satu persimpangan. Anda terpaksa memilih untuk melalui salah satu daripadanya untuk meneruskan perjalanan kehidupan anda. Mungkin ada lampu isyarat di situ dan anda terus berdoa supaya lampu isyarat tersebut kekal bewarna merah supaya anda boleh terus berada di situ. Jika anda sudah tahu mana destinasi yang dituju, sudah tentu anda tidak sabar-sabar menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau, kan?

Jalan yang kita akan pilih mungkin bukan pilihan bagi kebanyakan orang. Mungkin juga masih ramai yang belum tahu tentang wujudnya jalan itu di hadapan mereka. Kebanyakan mereka mungkin sudah selesa berada di 'Highway' dan terus sahaja bersedia untuk membayar semua 'Tol' yang dikenakan kepada mereka.

Kehidupan tidak pernah menjanjikan, jalan yang kita pilih akan sentiasa lancar dan selesa. Setiap perjalanan kita akan melalui melalui banyak bonggol, jalan berlubang, atau kita mungkin mengalami beberapa kemalangan semasa berada di atas jalan. Tetapi, jika kita terus bersabar dan berusaha untuk capai kepada destinasi kita, InsyaAllah kita akan sampai juga satu hari nanti.

Oleh sebab itu lah, dalam kehidupan semua orang mesti ada impian, matlamat dan cita-cita. Ada orang yang sudah ada matlamat hidup sejak dari mereka muda lagi. Ada yang sudah berumur hampir atau lebih 30 tahun tetapi masih belum mengetahui apa yang ingin mereka capai dalam hidup mereka. Ini lah yang membezakan kenapa ada orang yang boleh berjaya lebih pantas dari orang lain. Bila kita sentiasa pegang dengan matlamat hidup kita, kita akan cepat sampai kepada destinasinya.

Banyak lagi yang ingin aku ceritakan tentang kenapa aku memilih untuk membuat perniagaan sendiri secara sepenuh masa, daripada bekerja dengan orang. Kenapa aku memilih untuk menentukan sendiri pendapatan bulanan, jadual kerja, bonus dan lain-lain, daripada terus bekerja di pejabat dan menunggu sahaja gaji masuk ke dalam akaun setiap akhir bulan.

Jadi, teruskan membaca blog ini supaya mungkin satu hari nanti anda akan faham kenapa kerja dari rumah merupakan pilihan yang terbaik untuk saya dan juga orang lain.

Untuk sesiapa yang yang mungkin sudah duduk di rumah, tetapi masih belum bekerja atau mempunyai pendapatan, boleh email saya untuk mengetahui bagaimana anda boleh menambahkan pendapatan dengan Herbalife.

* Hasil pendapatan adalah tidal tipikal. Hasil pendapatan adalah berbeza-beza mengikut individu




Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...