Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Testimoni Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Herbalife. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

Berpantang Dengan Herbalife: Dila turun 20kg

Ketahui Bagaimana Dila turun 20kg Setelah Berpantang dengan Herbalife


Dila merupakan salah seorang Coachee saya yang dah lama mengamalkan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan, dan kemudian mengekalkannya.

Syukur kepada Allah kerana Dila telah mengandung anak ke-3. Ketika mengandung pun Dila terus amalkan shake Herbalife untuk bekalkan tenaga dan kawal pemakanan beliau.


Akhirnya setelah melahirkan, Dila tak sabar-sabar nak berkongsi dengan Coach Aziera tentang penurunan berat badan ketara ketika berpantang dengan Herbalife.



Untuk pengetahuan, Dila hanya menggunakan shake Herbalife Formula 1 semasa berpantang. Coach pun dah ajarkan untuk Dila supaya ikut menu berpantang dengan Herbalife seperti berikut:-


  • Minum shake sebagai ganti sarapan sahaja.
  • Makan tengahari dan malam seperti biasa.
  • Ambil shake sebagai snek antara waktu makan sekiranya lapar disebabkan menyusui.
  • Minum air secukupnya at least 2L untuk keperluan menyusu badan.
  • Herbalife juga merupakan produk kuruskan badan yang sesuai untuk ibu menyusu


Nota : Ibu baru bersalin perlu pastikan betul-betul sembuh dan sihat sepenuhnya sebelum memulakan Program Menurunkan Berat Badan dengan Herbalife.

Apakah produk yang sesuai untuk ibu berpantang dengan Herbalife? 

Berikut ialah produk-produk Herbalife yang boleh digunakan oleh ibu yang sedang berpantang:-


Shake Formula 1, Formula 3 Herbalife dan teh Herbalife

Shake F1 sangat bagus untuk membekalkan nutrisi kepada iu selepas bersalin. Ini dapat membantu ibu rasa lebih segar dan bertenaga. Nutrisi juga membantu ibu sembuh secara sihat. Kalori dan kandungan gula yang rendah membantu ibu menurunkan berat badan dan lemak dalam badan ketika berpantang.

Formula 3 pula sebagai protein tambahan untuk membantu membina otot, dan menegangkan kembali tubuh badan ibu selepas mengandung. Tambahan protein ini dapat memberikan rasa kenyang lebih lama terutama ibu yang sering lapar kerana menyusukan,

Untuk teamix pula, terpulang kepada ibu sama ada nak mula terus atau kemudian. TEamix emngandungi sedikit natural caffein yang boleh mengganggu keselesaan bayi, jika ibu belum pernah ambil kafein sebelumnya. Tetapi teamix tiada kesan negatif untuk bayi. Teamix sangat bagus membantu mengembalikan tenaga ibu yang hilang, terutama jika terpaksa berjaga malam.


 Aloe Herbalife iaitu aloe Concentrate merupakan antara produk terpenting ketika berpantang. Aloe ini dapat memastikan ibu kekal hidrasi ketika tidak dapat minum air dalam kuantiti yang banyak. Aloe juga bagus membuang toksin dan kekotoran dalam usus serta memudahkan pembuangan.


Fiber Herbalife merupakan produk terbaru di Malaysia. Fiber membantu kita membuang toksin dalam badan. Fiber juga memudahkan pembuangan terutama ibu yang risau sakit ketika membuang. Selain itu, Fiber Herbalife membantu mengurangkan lemak badan.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuruskan badan dengan Herbalife 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu yang akan melahirkan anak dan ingin kurus dengan Herbalife.

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 8 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     


Monday, December 28, 2015

Cara Sihat Untuk Kurus Sebelum Kahwin

Dapatkan Cara Sihat dan Berkesan untuk Kurus Sebelum Kahwin

Adakah anda sedang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin kurus sebelum kahwin?

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?

Jangan risau! Anda mungkin masih mempunyai banyak lagi masa sebelum berjaya kurus sebelum kahwin. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kuruskan badan, bergantung kepada bentuk badan anda sekarang.


Saya nak kurus sebelum kahwin

Saya pernah mengalami pengalaman yang sama nak kurus sebelum kahwin. Selepas balik dari pengajian Ijazah saya dari US, berat badan saya sangat tinggi hingga mencecah lebih dari 90kg. Nak timbang pun tak sanggup masa tu.

Gambar saya sebelum berkahwin dan ketika belajar di US
Oleh kerana bakal suami saya, iaitu suami saya sekarang merupakan seorang yang sangat kurus, saya tidak mahu kami nampak janggal di atas pelamin. Tentulah nak kahwin nanti saya mahu nampak cantik, kurus, dan sepadan dengan pasangan saya. Oleh itu, saya betul-betul bertekad untuk kurus sebelum kahwin.

Sebenarnya saya sudah lama mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti berdiet sendiri, bersenam dan lain-lain lagi tetapi tidak berjaya. Atas desakan perlu kurus sebelum kahwin, sayamengambil keputusan untuk mengambil pil diet atau ubat kuruskan badan. Tetapi saya agak risau jika ada kesan sampingan dari ubat tersebut, jadi saya dapatkan pil diet dari doktor di sebuah klinik. Dengan pantauan daripada doktor setiap 2 minggu, saya berjaya turunkan berat menjadi 72kg ketika itu.

Saya dapat kuruskan badan dengan pengambilan produk kuruskan badan pil diet kerana ia menahan rasa lapar dan nafsu untuk makan. Saya tidak makan tengahari, mengambil kalori sangat rendah, berjogging dan beraerobik hampir setiap hari. Walaupun agak khuatir dengan bahan kimia dan ubat yang terdapat dalam pil diet itu mungkin memberikan kesan tidak baik untuk kesihatan saya untuk jangka masa panjang, saya tidak ada pilihan lain dan tidak faham cara sihat untuk kurus sebelum kahwin. Tidaklah saya tahu pada ketika itu bahawa menahan lapar menyebabkan metabolisme badan saya menurun.

Berjaya turunkan berat badan untuk berkahwin
Tapi, tahukah anda apa yang berlaku selepas saya kahwin?

Sebaik sahaja selepas kahwin berat badan saya naik secara mendadak. Oleh kerana target asal hanyalah mahu kurus sebelum kahwin, selepas kahwin berat badan saya naik bagaikan dipam-pam. Sehinggalah selepas saya melahirkan anak, saya hampir putus asa dengan masalah berat badan saya. Ketika saya masih menyusukan anak kedua, saya faham saya tidak boleh ambil pil diet semula, walaupun bagi saya itu sahaja pilihan untuk saya nak kurus.Saya mula risaukan kesan jika saya kurus dengan pil diet terutama kerana saya masih menyusukan anak.

Saya dah cuba pelbagai cara diet sendiri, diet tanpa makan nasi, bersenam secara bersungguh-sungguh dan lain-lain lagi tapi saya tahu bahawa saya tidak akan berjaya untuk melakukannya. Berat turun sangat perlahan, saya hadapi masalah susah buang air, dan tenaga juga berkurang. Akhirnya saya jadi cepat marah ketika menguruskan rumah tangga kerana kepenatan dengan lemak berlebihan dalam badan, selalu tidur pada waktu luang di pejabat, dan saya putus asa dengan bentuk fizikal saya.

Akhirnya saya bertemu dengan produk Herbalife.

Saya bertemu dengan produk Herbalife secara online dari internet, dan seorang Coach Turun Berat Badan yang sangat prihatin membantu saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan. Dengan diet yang disediakan oleh Herbalife, saya rasa sangat mudah untuk dilakukan. Yang best sekali, saya boleh terus ambil makanan kegemaran saya termasuk nasi, saya rasa lebih bertenaga dan lebih ceria. Apa yang penting kesan Herbalife adalah selamat untuk saya yang masih menyusukan anak. Akhirnya dengan bantuan Coach Bebas Herbalife saya, saya berjaya turunkan 18kg daripada berat asal 92kg kepada 74kg!

Ketahui bagaimana saya dapat turunkan 18kg berat badan walaupun sibuk.

Gambar saya memakai baju nikah selepas 5 tahun berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife

Kebaikan Herbalife ialah pelan pemakanan untuk kuruskan badan adalah sangat mudah diikuti. Yang paling penting sekali, apabila berjaya turunkan berat badan, saya dapat terus mengekalkannya. Selain itu kesan sampingan Herbalife semuanya positif dan saya terus mengamalkan diet Herbalife berkesan ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife anak saya yang ketiga. Kini pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya rasa lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih muda!

Jadi, persoalannya sekarang, jika anda nak kurus sebelum kahwin, adakah anda akan memilih penyelesaian yang bersifat sementara atau berkekalan? Adakah anda ingin terus kekal kurus walaupun selepas berkahwin, dan melahirkan anak?

Hubungi saya jika anda ingin memilih Herbalife untuk mendapatkan kesan kurus ketika berkahwin dan terus mengekalkan penurunan berat badan untuk jangkamasa panjang. Lantik Coach Turun Berat Badan anda sekarang!

Biar saya hubungi anda dengan mengisi borang di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797


This HTML form was created by Freedback.

Thursday, October 15, 2015

Kenapa pilih produk Herbalife?

Kenapa pilih produk Herbalife untuk turunkan berat badan?

Pagi tadi, saya menerima soalan daripada seseorang yang baru dikenali, semasa berada di Rumah Sarapan Sihat Kuantan, tempat saya menyebarkan maklumat mengenai nutrisi setiap hari.

Dia bertanya, antara banyak produk yang berada di Malaysia dan di dunia, kenapa saya memilih produk Herbalife?

Sebab utama mengapa saya pilih produk Herbalife ialah kerana produk ini sudah berada lebih dari 90 buah negara dan lebih dari 34 tahun di pasaran. Produk Herbalife juga dirumuskan oleh pakar saintis terkemuka di Amerika Syarikat dan juga dengan kepakaran dan nasihat dari pakar seluruh dunia. Jadi, saya memang tidak sangsi lagi bahawa produk Herbalife adalah yang terbaik untuk bantu saya dalam membekalkan nutrisi dan pengurusan berat badan.

Apatah lagi, saya sudah berjaya turun 18kg dengan menggunakan produk Herbalife. Dan selepas hampir 7 tahun menggunakannya, saya telah mendapat pelbagai kesan Herbalife yang positif serta membantu ramai orang mendapat testmoni Herbalife.

Kenapa anda sendiri belum menggunakan produk Herbalife?

Mungkin anda dengar mengenai produk Herbalife. Mungkin juga dah lihat kesan yang telah dialami oleh orang yg anda kenal. Tetapi anda sendiri belum pernah menggunakan produk Herbalife.

Jika anda tertanya-tanya kenapa anda sendiri perlu bermula dengan Herbalife, mungkin saya boleh memberikan sedikit bantuan dan panduan.

Daripada berjuta-juta orang pengguna produk Herbalife di seluruh dunia yang telah mendapat hasil, semuanya mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka bermula. Mungkin sebab memperbaiki tenaga, ingin bentuk badan lebih menarik, ingin kulit yang lebih cantik, ataupun setakat ingin mencuba produk Herbalife untuk melihat perubahan kepada diri sendiri.

Walau apa pun sebabnya, mereka semua telah bermula dan mendapat kesan mereka tersendiri. Ada yang berjaya menurunkan berat badan, ada juga yang tidak. Ada yang terus mengambil nutrisi Herbalife untuk jangka masa panjang, ada juga yang berhenti selepas mendapat kesan Herbalife yang diinginkan.

Kesan yang dialami oleh setiap orang tidak sama. Seseorang yang anda kenali mungkin telah mendapat hasil yang mengujakan, tapi tidak semestinya anda juga akan mendapat kesan yang sama sepertinya. Ini kerana setiap individu berbeza. Perubahan dan tindakbalas produk Herbalife adalah bergantung kepada tahap kesihatan individu, tabiat pemakanan, aktiviti harian yang dilakukan setiap hari, serta lain-lain lagi faktor memainkan peranan.

Apa yang penting ialah anda mendapat konsultasi daripada Jurulatih Bebas Herbalife sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan produk Herbalife. Jurulatih akan dapat membantu anda dengan memberikan cadangan produk Herbalife yang benar-benar sesuai dengan kesan yang anda inginkan.

Anda boleh menghubungi saya iaitu Coach Turun Berat Badan jika ingin mengetahui produk Herbalife yang sesuai bagi membantu anda turunkan berat badan secara sihat dan berkesan.

Hubungi nombor 017-9360797 untuk temujanji di sekitar Kuantan, ataupun saya boleh bantu anda beli Herbalife online, dan menjadi jurulatih sepenuhnya secara online.

Jangan bertangguh lagi untuk membuat keputusan bermula dengan produk Herbalife. Jika ramai orang boleh melakukannya dan mendapat testimoni Herbalife yang menarik mengapa bukan anda?




Aziera Yazid merupakan seorang Jurulatih Bebas Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife. Anda mungkin orang seterusnya yang akan mendapat hasil kejayaan dalam menurunkan berat badan. Ini adalah masa untuk anda melakukan perubahan. Dapatkan bimbingan jurulatih Aziera Yazid sebelum terlambat.

 

Monday, October 29, 2012

Kurus dengan Herbalife: Kisah Aina

Kurus dengan Herbalife: Nak tahu cara paling berkesan?

Kenali Aina, seorang Ahli Bebas Herbalife Malaysia, dia sudah menggunakan produk Herbalife setelah hampir setahun lebih tetapi tidak mendapat berat yang diinginkan.

Kenapa dia tidak berjaya sebelum ini? Aina sudah mempunyai produk yang sesuai untuk diri dia. Dia juga mendapat Coaching yang betul, tetapi itu masih tidak menjamin dia untuk kurus dengan Herbalife.

Untuk menjadi kurus dengan Herbalife, ada beberapa penting yang seseorang perlu ada:-
  • Produk yang sesuai dengan individu, keperluan dan hasil yang diinginkan
  • Coaching tentang cara penggunaan yang betul
  • Disiplin, komitmen dan usaha yang berterusan
  • Kesabaran yang tinggi, kerana result bagi setiap individu adalah berbeza.
Jadi, dalam kes Aina, selepas menggunakan secara consistent dan mengikut aturan yang betul tanpa gagal, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg. 

Jika anda ingin merasai sendiri perubahan dengan produk Herbalife dan dapatkan coaching yang betul, sila email saya di aziera@azierayazid.com atau SMS ke 0179360797.

Monday, August 13, 2012

Herbalife berkesan di bulan puasa?


Di penghujung Ramadhan ini, ramai yang bercerita bagaimana Herbalife berkesan untuk mereka semasa di bulan puasa ini.

Ada yang baru sahaja memulakan program menurunkan berat badan di bulan Puasa. Ada juga yang bertahun-tahun menggunakan produk Herbalife. Tetapi kebanyakannya telah mengalami banyak perubahan pada bulan Ramadhan ini. Dengan penggunaan yang betul dan konsisten, Herbalife berkesan untuk membantu pengguna berasa kekal bertenaga semasa berpuasa, dan akhirnya menurunkan berat badan di Hari Raya.


Kenapa Herbalife berkesan?


Herbalife berkesan kerana ia ialah produk yang membekalkan nutrisi untuk badan.

Yeke? Betul-betul ke Herbalife berkesan?


Kalau masih tak percaya Herbalife berkesan atau tidak, cuba baca testimoni Herbalife klien says di bulan puasa

ila rasa ukur lilit smua tmpat kt badan ini dh turun laa.jumaat lps saje ukut kt pinggang dh kurang 3 inci n lengan 2 inci..timbang je blum – Ila, Putrajaya 
Walaupun berat tak turun sebab amik shake tak ikut aturan betul-betul, tapi ukuran inches memang turun. – Fana, KL
turun 3.8kg, umur organ dalam pun dari 56 tahun dah 49 tahun ni…kat…kat punggung loss 5cm –Leeza, Shah Alam

Kak, Ina dah boleh pakai baju 2 tahun lepas. Berat turun sikit, tapi Ina rasa kecik di semua tempat – Ina Ida, Kuantan 

k.ziera....bj raye x padan....jd besor plk...t5enson plk – Mummy Yana, Kuantan

saja nak share ngn akak... kurung moden yg saya jait sblm posa n sblm amik herbalife nmpak nya kena alter...
sbb dh longgar...
tp dh dekat2 nk raya ni,mana ada org nk buat lg dh...huwawawawa – Azwita, KL

Produk Herbalife bukan sahaja berkesan setakat di bulan puasa, tapi juga jika digunakan seterusnya untuk menguruskan berat badan.Yang penting anda tahu cara yang paling sesuai untuk anda menggunakan produk ini ketika Puasa dengan Herbalife

Jadi, jika anda ingin mencuba dan mempunyai testimoni anda sendiri dengan produk Herbalife, hubungi saya untuk tanya lebih lanjut. Saya boleh terangkan bagaimana anda boleh dapatkan produk Herbalife dan bagaimana Herbalife berkesan untuk anda.

Selamat menempuhi penghujung Ramadhan.

Thursday, June 28, 2012

Testimoni Herbalife: Yanty

Siapa kata orang obese sahaja mudah turun berat dengan produk Herbalife? Semua orang pun boleh dapat testimoni Herbalife dan turun berat jika ambil produk Herbalife secara konsisten dan berdisiplin, dengan panduan yang betul dari seorang Coach semestinya!

Ini testimoni Herbalife terbaru dari Yanty. Umurnya baru 27 tahun. Masih muda tetapi sudah tahu kepentingan untuk jadi sihat, dan ingin turunkan berat badan supaya nampak lebih menarik dan dapat berat ideal. Yanty sedar sejak dia belajar lagi yang produk Herbalife memang boleh membantu dia turun berat badan dengan sihat. Tetapi, hanya apabila dia sudah bekerja sahaja dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli produk Herbalife bagi mencapai berat badan yang diidamkan.


Yanty sangat teruja bila beratnya turun sehingga 8kg! Menurut Yanty, dia sendiri tak pernah sangka dapat rasa berat dan bentuk badan sebegini. Bila bercakap mengenai testimoni Herbalife, memang boleh rasa keterujaan dia dengan results yang dia dah dapat!


Sekarang ni pun kawan-kawan sekeliling mula terpengaruh dengan pemakanan sihat yang diamalkan oleh Yanty dengan Herbalife, dan ahli keluarga mereka juga sangat menyukai produk Herbalife ini.

Jika Yanty boleh melakukannya dan mencapai berat yang diinginkan, anda juga boleh mendapat testimoni Herbalife seperti ini. Hubungi saya di nombor 0179360797 atau email aziera@azierayazid.com jika anda ingin lantik saya sebagai Coach dan dapat turun berat badan menggunakan produk Herbalife.


Tuesday, April 10, 2012

Testimoni Herbalife : Perubahan Ain dengan Herbalife

Testimoni Herbalife Ain  membuatkan aku sangat bangga dan penuh kesyukuran!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Tiada kata lagi yang mampu aku ucapkan selain bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya sahajalah aku mampu membantu mengubah kehidupan ramai orang dan menerima banyak testimoni Herbalife.

The feeling is always describable. Tak dapat aku nak tuliskan apa sebenarnya yang ada dalam hati. Bangga, gembira, syukur, nak peluk orang , dan macam-macam lagilah. - PRICELESS

Everytime pengguna yang ambil produk dan mendapat result testimoni Herbalife yang baik, it always makes me want to cry. It's not just about losing weight. It is more than that. It is something that other products will not give them.

Jika ini masih lagi bukan satu sebab kenapa aku pilih Herbalife sebagai career, aku tak tahu apa lagi sebab yang aku perlu harapkan.

Thank you Allah! Thank you Herbalife!

p/s: Kepada sesiapa yang ingin mendapat sendiri testimoni Herbalife dan melantik saya sebagai Coach Herbalife, email ke aziera@azierayazid.com atau SMS ke 017-9360797

Thursday, March 3, 2011

Blog terbaikkah?



Orang lain tidak akan dapat merasakan apa yang aku rasa apabila menerima mesej dalam Facebook daripada seorang pengguna Herbalife yang tidak kukenali, siang tadi. Mesej yang disampaikan cukup ringkas tapi sungguh memberi kesan bermakna kepada aku hingga kini.

Dalam mesej itu dinyatakan bahawa pengirim mesej itu merasakan bahawa blog ini adalah (aku quote)
"Blog Herbalife dalam Bahasa Malaysia terbaik"

Alhamdulillah, aku sungguh bersyukur apabila menerima komen seperti itu.

Aku bersyukur apabila apa yang tulis dalam blog sedikit sebanyak berjaya meningkatkan motivasi orang lain.

Aku sangat bersyukur apabila informasi yang aku sharekan disini dapat dijadikan panduan oleh orang lain.

Walaupun aku telah beberapa kali menerima komen yang baik mengenai blog ini, tetapi komen tadi paling memberikan kesan kepada aku. Ini telah meningkatkan semangat untuk aku terus menulis dan berkongsi maklumat dalam blog ini.

Ini kerana, apabila kita menulis dengan ikhlas, orang lain akan dapat rasakan keikhlasan diri kita. Apabila kita tulis terus dari hati, maka dapatlah orang lain membaca isi hati kita.

Tujuan aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan pengalaman aku menggunakan produk Herbalife, kesan dan perubahan yang aku alami setelah menggunakan produk ini. Aku juga ingin menyampaikan cara yang betul seseorang untuk  menguruskan berat badan.

Syukurlah sekiranya blog ini sedikit sebanyak telah membantu orang lain mengenali produk Herbalife yang hebat ini. Syukurlah sekiranya produk ini telah mengubah hidup orang lain. Semoga lebih ramai orang menggunakan produk ini dan mengetahui kebaikan yang diberikan.

Sekiranya anda masih mencari-cari lagi produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan, menaikkan berat badan, atau untuk mengekalkan berat badan, Herbalife adalah jawapannya.

Friday, January 29, 2010

Testimoni Herbalife : Gambar terkini

Hari ni hari yang agak bertuah disebabkan oleh 2 gambar mengenai testimoni Herbalife.



Untuk first gambar ni, diambil masa lunch di Johny's tengahari tadi. Oleh kerana hari ni dapat gambar yang cantik, so aku nak share kat blog ni. Sorrylah untuk full body punya gambar tunggu sampai target testimoni Herbalife 70kg dulu ye ;) Dalam proses ni, InsyaAllah.

Ok, next picture ni hasil usaha dengan Herbalife selama ni. Ni salah satu daripada kejayaan dan testimoni Herbalife yang aku dapat yang dapat ditunjukkan. Actually nama dalam kotak tu nama Carol, salah seorang member daripada team yang sama. Memang beruntung betul di bawah team Herbydiets ni. Terima kasih banyak-banyak pada coach, Stella. Tanpa Coach yang berdedikasi dan bersedia membantu ahlinya, aku tidak akan dapat berjaya. Kerana itu aku juga berazam menjadi Coach yang lebih baik dari masa ke semasa.


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan rezeki yang diterima terutama bulan Januari 2010 ni. Semoga testimoni Herbalife akan memberikan masa depan yang lebih cemerlang untuk aku.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...