Lately memang banyak call dan SMS yang aku dapat bertanyakan mengenai Herbalife products. As usual, aku cuba sebaik mungkin untuk menjawab segala pertanyaan dengan rasa besar hati dan dengan niat untuk bantu orang lain.
Tapi...
Selain daripada yang baru berminat nak cuba dan tanya mengenai produk Herbalife ni, aku juga turut menerima pertanyaan mengenai Herbalife yang luar daripada keupayaan aku untuk menjawabnya. Mereka menelefon seolah-olah nombor phone aku ni nombor hotline syarikat Herbalife, dan aku adalah staf yang bekerja dengan Herbalife, atau pun aku kena menjawab mewakili semua Ahli Bebas Herbalife di Malaysia.
Antara soalan yang ditanyakan:-
"Ada orang nak jual kat saya produk Herbalife. Betul-betul berkesan ke produk ni? Kalau ye, saya nak beli dengan dia"
"Kalau orang tu jual produk pada saya tapi tak nak guide saya, macamana?"
"Coach saya ajar saya ambil produk caranya macam ni dan macam tu, betul ke?"
"Coach saya suruh minum banyak air tapi kalau saya tak nak, boleh ke?"
Selain daripada panggilan telefon dan SMS,aku juga terima lebih dari seratus email sehari untuk bertanyakan mengenai produk Herbalife. Antara email ini juga ada banyak yang bertanyakan cara ambil produk yang betul, kenapa produk Herbalife tidak berkesan bila dia ambil sebelum ini tanpa Coach, dan macam-macam masalah lain.
Oleh itu, saya mohon sangat-sangat kerjasama dari semua yang ingin hubungi saya, supaya hanya bertanyakan soalan yang berkaitan sahaja. Masa saya sangat terhad perlu saya gunakan untuk bantu Coachees saya, ahli-ahli saya dan ramai lagi orang yang hendak jadi sihat di luar sana. Jika anda ada masalah dengan Coach anda, tolonglah jangan datang mengadu dengan saya.
Saya hanyalah seorang Coach Herbalife. Saya tidak bekerja di pejabat Herbalife Malaysia Dan saya tidak bekerja mewakili mana-mana Coach Herbalife yang lain. Jika anda ingin tahu apakah kerja seorang Coach Herbalife lakukan boleh baca di sini. Saya sudah ceritakan dengan terperinci apa itu Herbalife Coach.
Jadi, mohon maaf jika saya tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan Coach anda. Untuk mereka yang masih lagi belum mempunyai Coach, dan baru ingin mencuba produk Herbalife, nasihat penting dari saya ialah supaya anda pilih Herbalife Coach yang terbaik untuk anda. Pastikan Coach anda betul-betul faham masalah anda dan kenalpasti produk yang sesuai dengan keperluan anda.
Email saya sekiranya anda ingin melantik saya sebagai Herbalife Coach anda ;)
No comments:
Post a Comment