Ya, inilah tempat kerja aku sekarang. Aku hanya bekerja dari rumah.
Apakah kerja yang aku buat di rumah setiap hari? Herbalife, of course.
Setelah 13 tahun bekerja makan gaji di 2 tempat kerja, mulai bulan Jun ini, aku telah memulakan kerjaya sebagai seorang wanita yang membuat kerja dari rumah sahaja.
Banyak perkara yang ingin aku ceritakan, sepanjang hampir 15 hari tidak mempunyai majikan, dan hanya bekerja sendiri sahaja. Tetapi, biarlah kisah kehidupan aku bekerja sendiri ini diceritakan melalui posting aku setiap hari.
Banyak pertanyaan sebenarnya tentang kenapa aku memilih untuk meletakkan jawatan sebagai seorang Pengarah di sebuah Kolej Universiti terkemuka di Malaysia. Persoalan yang bermain di fikiran semua yang aku kenal ialah kenapa aku sanggup untuk meninggalkan gaji dan elaun yang agak besar untuk bekerja sendiri. Walau pun pendapatan aku bekerja di sana, tidaklah sebesar orang lain di luar, tetapi aku sudah berada dalam kelompok bergaji besar di tempat kerja aku ini.
Mungkin jika orang lain betul-betul kenal dengan diri aku yang sebenar, dan memahami apa yang aku inginkan dalam kehidupan aku untuk waktu sekarang, dan juga untuk masa depan aku dan keluarga, mereka tidak akan memberikan persoalan ini.
Aku tidak akan menjelaskan secara terperinci kenapa aku mengambil keputusan ini. Cukuplah kalau hanya orang-orang yang tersayang aje yang memahami perkara ini.
Secara ringkasnya, bila sudah sampai masa untuk kita memilih, then, itu lah yang kita kena lakukan. Sometimes, we will keep trying to ignore our options to choose. Kita cuba untuk berasa selesa dengan keadaan kita pada masa itu. Dalam masa yang sama, kita akan menyebabkan orang lain atau diri sendiri yang merasa sengsara, tidak selesa dan tidak bahagia.
Bayangkan kehidupan anda sekarang berada di satu persimpangan. Anda terpaksa memilih untuk melalui salah satu daripadanya untuk meneruskan perjalanan kehidupan anda. Mungkin ada lampu isyarat di situ dan anda terus berdoa supaya lampu isyarat tersebut kekal bewarna merah supaya anda boleh terus berada di situ. Jika anda sudah tahu mana destinasi yang dituju, sudah tentu anda tidak sabar-sabar menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau, kan?
Jalan yang kita akan pilih mungkin bukan pilihan bagi kebanyakan orang. Mungkin juga masih ramai yang belum tahu tentang wujudnya jalan itu di hadapan mereka. Kebanyakan mereka mungkin sudah selesa berada di 'Highway' dan terus sahaja bersedia untuk membayar semua 'Tol' yang dikenakan kepada mereka.
Kehidupan tidak pernah menjanjikan, jalan yang kita pilih akan sentiasa lancar dan selesa. Setiap perjalanan kita akan melalui melalui banyak bonggol, jalan berlubang, atau kita mungkin mengalami beberapa kemalangan semasa berada di atas jalan. Tetapi, jika kita terus bersabar dan berusaha untuk capai kepada destinasi kita, InsyaAllah kita akan sampai juga satu hari nanti.
Oleh sebab itu lah, dalam kehidupan semua orang mesti ada impian, matlamat dan cita-cita. Ada orang yang sudah ada matlamat hidup sejak dari mereka muda lagi. Ada yang sudah berumur hampir atau lebih 30 tahun tetapi masih belum mengetahui apa yang ingin mereka capai dalam hidup mereka. Ini lah yang membezakan kenapa ada orang yang boleh berjaya lebih pantas dari orang lain. Bila kita sentiasa pegang dengan matlamat hidup kita, kita akan cepat sampai kepada destinasinya.
Banyak lagi yang ingin aku ceritakan tentang kenapa aku memilih untuk membuat perniagaan sendiri secara sepenuh masa, daripada bekerja dengan orang. Kenapa aku memilih untuk menentukan sendiri pendapatan bulanan, jadual kerja, bonus dan lain-lain, daripada terus bekerja di pejabat dan menunggu sahaja gaji masuk ke dalam akaun setiap akhir bulan.
Jadi, teruskan membaca blog ini supaya mungkin satu hari nanti anda akan faham kenapa kerja dari rumah merupakan pilihan yang terbaik untuk saya dan juga orang lain.
Untuk sesiapa yang yang mungkin sudah duduk di rumah, tetapi masih belum bekerja atau mempunyai pendapatan, boleh email saya untuk mengetahui bagaimana anda boleh menambahkan pendapatan dengan Herbalife.
* Hasil pendapatan adalah tidal tipikal. Hasil pendapatan adalah berbeza-beza mengikut individu
Cara Paling Berkesan Kurus Sebelum Raya
-
Apakah Cara Paling Berkesan Untuk Kurus Sebelum Raya?
Nak *kurus sebelum raya*? Senang je
Anda kena lah sertai Cabaran Kurus 21 hari dengan Coach Aziera Yaz...
No comments:
Post a Comment