Monday, April 20, 2015

8 Tips Diet Berkesan Dengan Produk Herbalife

Ketahui 8 Tips Diet Berkesan Untuk Mendapat Kesan Terbaik Dengan Produk Herbalife

Anda mungkin pernah berdiet, atau mungkin juga pernah menggunakan produk Herbalife sebelum ini tetapi tidak mendapat kesan seperti yang diinginkan. Mungkin kerana motivasi dah berkurang, atau diet terlalu menyusahkan hingga anda tidak ada semangat untuk meneruskannya.

Berikut saya ingin kongsikan 8 Tips Diet Berkesan yang boleh membantu anda mendapat hasil yang diinginkan dengan Herbalife.

Tips Diet berkesan #1. Tetapkan goal dan matlamat


Salah satu pendorong kejayaan dalam menurunkan berat badan ialah denan menetapkan matlamat yang realistik dan jelas sebelum bermula. Dengan menetapkan matlamat yang kecil, ia mudah dicapai akan memberikan keyakinan yang lebih tinggi untuk meneruskan usaha.

Tips Diet Berkesan #2 : Lakukannya dengan perlahan

Kejayaan berdiet tidak berlaku dengan sekelip mata. Dengan melakukan perubahan kecil, anda akan mendapat kesan yang sedikit tetapi anda tidak akan rasa sukar melakukannya. Anda juga lebih mudah untuk kekal dengan tabiat sihat tersebut. Contoh tabiat sihat adalah seperti minum air lebih banyak, mengurangkan air manis atau kurangkan snek.

Tips Diet berkesan #3: Jangkakan kesilapan

Jika anda teringin sesuatu makanan, tidak salah jika anda ingin merasanya sedikit. Contohnya anda ingin merasa keropok lekor. Cukup sekadar mengurangkan rasa teringin dengan makan sekeping sahaja. Jangan ada fikiran, alang-alang sekeping, elok habiskan semuanya!

Jangan menhaan diri anda daripada tidak merasainya langsung. Ini kerana apabila anda rasa terlalu teringin dan sudah tidak dapat menahannya, anda berkemungkinan akan makan lebih dari sepatutnya

Tips Diet Berkesan #4 Fahami bahawa anda tidak sempurna

Adalah normal jika sekali sekala anda melanggar pantang diet anda. Jangan salahkan diri tetapi nikmati makanan tersebut pada masa itu. Akan tetapi jangan terus melakukan 'cheat day' setiap masa. Apabila terlalu kerap anda akan merasakan bahawa tidak mengapa untuk terus melakukannya.Ini akan memberikan kesan untuk usaha turun berat badan anda. Mulakan hari baru dengan kembali kepada diet yang betul.

Tips Diet Berkesan #5 : Dapatkan kawan yang mempunyai keinginan sama seperti anda


Diet secara berseorangan adalah tidak menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling anda tidak menyokong usaha anda untuk memilih diet yang sihat. Dapatkan bantuan seorang Coach Herbalife untuk membantu anda mengekalkan motivasi. Anda juga boleh menyertai group sokongan diet di Facebook untuk membantu mereka yang ingin memulakan diet dengan produk Herbalife.

Jika anda ingin menyertai Facebook Group saya untuk bantuan dan panduan diet dengan Herbalife, boleh request untuk join Turun Berat Badan dengan Aziera Yazid. Ketahui bagaimana untuk menyertai group di sini.

Tips Diet Berkesan #6: Bersabar

Satu cabaran besar dalam menurunkan berat badan ialah apabila anda mengalami berat badan yang kekal, atau 'weight loss plateau'. Berat badan anda mungkin akan kekal pada nombor yang sama di penimbang dalam beberapa jangka masa tertentu selepas berdiet. Ini adalah normal. Apa yang perlu anda lakukan jika ini terjadi ialah melakukan beberapa perubahan dalam diet anda seperti menambah aktiviti senaman, atau kaji semula pengambilan makanan mungkin anda ada lari daripada yang sepatutnya. Ubah apa yang sepatutnya. Sabar dan teruskan dengan usaha anda

Tips diet berkesan #7: Berikan hadiah untuk usaha keras anda.

Diet ialah satu usaha yang tidak mudah dan bukan sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh menyediakan ganjaran kepada diri anda sendiri jika anda berjaya meneruskan usaha anda ke beberapa peringkat tertentu. Contoh ganjaran adalah seperti dapatkan sesi urutan, seluar jeans baru atau keluar bersuka ria dengan kawan-kawan. Dnegan memberikan ganjaran kecil seperti ini dapat memberikan lebih semangat untuk anda meneruskan usaha dan mendapat kesan jangka masa panjang yang baik untuk diri anda.

Tips diet berkesan #8: Dapatkan program diet yang sesuai untuk anda

Menurunkan berat sebenarnya lebih mudah daripada cuba mengekalkan berat yang sudah diturunkan. Mengawal berat badan sebenarnya ialah satu usaha sepanjang hayat. Jika anda pernah mengalami masalah dalam mengekalkan berat badan, mungkin anda boleh memulakan semula dengan mendapatkan nasihat daripada pakar seperti pakar nutrisi, kaunselor ataupun seorang jurulatih yang berpengalaman membantu ramai orang menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Mereka boleh bantu anda kenalpasti kenapa berat badan anda sukar dikawal dan mereka boleh cadangkan pelan yang sesuai untuk anda.




Jika anda ingin ketahui bagaimana cara untuk anda dapat menurunkan berat badan dan mengekalkannya dengan tips diet berkesan dari Coach Herbalife yang berpengalaman, anda boleh mendapatkan analisa kesihatan secara percuma di sini.




Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com



No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...