Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Friday, July 21, 2017

Cara Kecikkan Peha Dengan Senaman Squat

6 Kelebihan Senaman Squat Sebagai Cara Kecikkan Peha

Squat ialah sejenis senaman yang menggunakan banyak otot dalam setiap pergerakan. Oleh kerana itu, senaman squat ialah salah satu cara kecikkan peha dengan berkesan. 

Bukan itu sahaja, tapi juga senaman yang bagus untuk pinggang dan perut, meliputi bahagian tengah badan. Ini berita gembira untuk kaum wanita yang selalunya ada masalah lemak terkumpul di bahagian-bahagian ini.


Pelbagai variasi squat sama ada dengan berat badan sendiri atau menggunakan pemberat, dapat kecikkan peha. Senaman ini membantu menaikkan otot badan dan membakar lemak lebih banyak.

Kelebihan squat sebagai cara kecikkan peha dan tubuh badan yang lain

Ramai yang selalu buat senaman  ‘squat’ ini tapi mungkin ramai yang tak tahu kelebihan-kelebihan kita melakukannya

  1.  Squat ialah exercise yang bagus untuk baiki postur badan. Squat akan menjadikan bahagian otot tengah badan (core)  lebih kuat, jadi kita akan berdiri lebih tegak mengikut postur yang betul Bila berdiri tegak, kita akan nampak lebih yakin dengan tubuh badan lebih langsing.
  2. Senaman squat dapat bakar banyak kalori dan naikkan jisim otot. Apabila jisim otot bertambah, lebih banyak lemak yang dibakar di bahagian peha, dan juga seluruh tubuh badan.
  3. Squat akan bina dan betukkan pinggang, kaki dan perut. . Squat akan bina oto dan bakar lemak di kawasan ini jadi bentuk badan akan jadi lebih menarik!
  4. Squat mempunyai banyak fungsi dalam kehidupan harian, jadi squat boleh dipelbagaikan semasa kita melakukan aktiviti. Contohnya bila nak kutip barang dari lantai. Untuk kaum wanita mungkin ketika mengutip pakaian untuk dibasuh, atau lain-lain/
  5. Squat boleh baiki kestabilan badan kerana squat menguatkan otot kaki kita. Bila kaki kita kuat, hubungan otot di otak lebih baik jadi kita lebih stabil dan mudah jatuh. Ini sangat berguna terutama di hari tua bagi mengelakkan kecederaan
  6. Dengan squat, perjalanan darah dalam badan akan lebih lancar. Darah yang mengalir lancar membantu organ utama dalam badan berfungsi lebih baik, dan nutrisi diserap lebih baik oleh tisu dan organ. Ini juga membantu penghadaman.
Apa yang paling penting ialah melakukan squat dengan postur yang betul.

Cara kecikkan peha dengan squat menggunakan cara yang betul ialah:-

  1. Berdiri dengan kaki dibuka jarak bahu
  2. Kemut bahagian tengah badan dengan mengekalkan bahagian belakang di kedudkan neutral, dan kepada tegak ke depan
  3. Perlahan-lahan tunduk ke bawah seolah-olah ingin duduk di atas kerusi, atau toilet bowl. Terus bengkokkan lutut dan tumit sehingga 90 darjah.
  4. Kembali ke kedudukan asala, dan ulang langkah 1

Walau bagaimanapun, senaman squat sahaja tidak mencukupi. Kita perlu lakukan 30-60 minit latihan kardio setiap hari untuk bakar lemak seluruh badan, termasuk sebagai cara kecikkan peha. Contoh latihan kardio adalah seperti berlarim hiking, kickboxing, berbasikal dan lain-lain, untuk bakar kalori dan kecikkan bahagian peha. 

Lihat video di bawah untuk panduan squat dengan cara yang betul:-


Ingat! Senaman hanya 20% usaha untuk kuruskan badan. 80% lagi ialah melalui pemakanan.

Hubungi Coach Aziera untuk panduan pemakanan dan nutrisi bagi menurunkan berat badan dengan berkesan.

Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | http://bit.ly/azierayazid
     

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...