Thursday, July 2, 2009

Plateau dan durian (special thanks to PFS6450)

Seronok baca post dari PFS mengenai diet dan plateau. Plateau tu maksudnya memasuki level yang stable atau flat. Lebih kurang maknanya kekal untuk beberapa ketikalah.

Jadi kepada semua yang dah lama diet dan hampir mencecah ideal weight, tapi rasa berat tu tak turun-turun jugak, you should read the info there. Aku maybe tak leh compare dgn PFS sebab dia maintain 2 kali shake, dan increase workout. Aku dahle shake sekali je, pilates pun pergi seminggu sekali. Nak workout kat rumah? Huhuhu asyik tak sempat je. Anyway, dah berjaya download Jillian's workout routine dari Youtube. Harap-harap ada lah masa nak cuba before start bulan puasa nanti.

Lai satu, aku pun menghadapi masalah yang sama dengan PFS iaitu musim durian. Aku memang penggemar durian. Siap merajuk dengan husband sebab stok durian kat rumah terputus lama huhuhu. Semalam dah le makan durian masa lunch, malam sempat lagi makan. Lepas tu tengah malam aku terjaga dari tidur sebab perut sakit. Rupanya perut dah keras sebab angin.

Aku tanya husband, "Durian boleh sebabkan angin ke?"

Dia jawab, "Ya".

Oooohhh baru ku tau durian boleh menyebabkan angin rupanya. Hairan jugak sebelum-sebelum ni makan durian tak pernah pulak perut kena masuk angin. Maybe sebab dulu-dulu perut asyik penuh, sebab kejenya makan je. So angin pun dah tak ada ruang nak masuk.

Tapi sekarang ni since malam aku memang kurangkan makan sebab tak amik shake for dinner, sebab tu masuk angin kot...Nampaknya lepas ni kena makan durian dengan berpada-pada. Lagipun scary jugak baca post PFS dia naik 2kg a day lepas makan durian. Alamak kena timbang lah pulak huhuhu..

To PFS6450...thanks a lot for sharing.

2 comments:

  1. 2la kak ble ada yg goda mia makan durian je..cepat2 ckp...

    "ups, seulas pn dh cukup"

    pas2 ramai yg perli

    "amboi diet ke"

    huh,,ada mia peduli

    mia kata...pe

    "xpe..xpe...aku jg sebaik mgkn...korang tgk la raya nanti, aku melaram baju bgs2 nye,,haha,"

    sabar kak.,..kuatkan smgt g..

    ReplyDelete
  2. huih, tajuk posting tuh tak tahan hahaha... sharing is caring, mari membaca :D

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...