
Alhamdulillah...setelah semuanya berjalan lancar, aku sudah kembali dengan ke rumah semalam, dan kembali bekerja hari ini.Dua minggu tidak dapat online, agak sengasara sebenarnya tetapi oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, terpaksa redha. Yang penting, dalam masa dua minggu tu banyak pengalaman yang aku dapat, yang mungkin tidak dapat ditukar ganti.
Terima kasih kepada semua yang menghantar email dan mesej dalam Facebook bertanyakan mengenai Herbalife, dan ada juga yang wish Birthday. Harap dapat beri sedikit masa untuk menjawab semua pertanyaan yang diemailkan kerana ada beratus-ratus email yang perlu di baca dan dijawab. InsyaAllah, semua email dan mesej akan dijawab satu persatu.
Ada juga mesej/email yang perlu jawapan segera tetapi oleh kerana sekarang je lah masa dapat dibaca, mungkin ada yang terasa hati kerana pertanyaan/permintaan tidak berjawab. Ribuan maaf dipinta sekiranya ada yang berkecil hati.
Untuk pengetahuan, sebenarnya dua minggu menghilang ialah kerana aku terpaksa menguruskan anak-anak untuk ditinggalkan di Malaysia, dan kemudian pergi bekerja sambil berjalan ke UK dan Northen Ireland. Aku ke sana dari 22Nov hingga 3Dec yang lalu. InsyaAllah, cerita perjalanan dan gambar-gambar akan diupload sedikit masa lagi dalam personal blog aku nanti.
Untuk masa ni aku kena sambung membaca dan menjawab ratusan email, dan menguruskan semua kerja tertangguh di ofis. Urusan Herbalife akan disiapkan sedikit demi sedikit.
Terima kasih kepada yang memahami.It's good to be back ;)
cutenyer gmbr. bile nak upload gmbr kat FB?
ReplyDelete