Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Tuesday, April 27, 2010

Dukan Diet

Minggu lepas terbaca dalam surat khabar mengenai Diet jenis Dukan yang diamalkan oleh celebrity Hollywood macam Jennifer Lopez dan supermodel Gisele Bundchen, aku seperti orang lain berminat juga nak tahu apa jenis diet ni. Manakan tidak sedangkan buku Dukan Diet yg hanya akan dilancarkan pada 13 Mei ini pun, ramai yg dah buat tempahan awal di Amazon.com. Buku ini telah ditulis oleh Pierre Dukan, seorang doktor dan nutritionist dari Perancis, dan telah diterjemahkan kepada 10 bahasa termasuk English.

Lagipun,aku sempat melihat persembahan Jennifer Lopez dalam So You think You Can Dance Season 6 Finale, dan Wow! Memang lawa betul body dia. Macam tak percaya dia dah pernah melahirkan anak kembar tak lama dulu. Tengok gambar dia kat bawah ni.





Akhirnya aku memulakan pencarian dalam Internet mengenai diet ini. Kebetulan pulak, dalam Caloriecount.com juga telah menulis mengenai diet ini. So ini adalah maklumat berkaitan Diet ini yang perlu diketahui oleh sesiapa yang berminat untuk mencubanya.

Menurut website Dukan Diet, terdapat 4 fasa dalam diet ini iaitu:-

Fasa Serangan(Attack Phase): Fasa ini mengambil masa tidak lebih dr 10 hari yang mana pengamalnya hanya dibenarkan mengambil protein jenis semulajadi seperti daging lembu, ayam, turkey, ikan, makanan laut, telur, produk fat-free dan minum banyak air (Well, semua jenis diet memang patut minum banyak air). Karbohidrat seperti nasi atau roti tidak dibenarkan. Cuma pengamal boleh mengambil sedikit oat dlm hidangan yg memberkikan rasa cepat kenyang.

Fasa Penurunan Berat (Weight Loss Phase): Dalam masa 5 hari satu pusingan ini, pengamal diet dibenarkan mengambil protein dan sayuran tidak berkanji sehingga sampai ke berat yang diinginkan. Minum 2 Liter air setiap hari dan tidak boleh mengambil butter atau minyak.

Fasa Stabil (Stabilization Phase): Makan 1 serving buah-buahan, 2 keping roti whole wheat dan 1.5 oz keju setiap hari. 2 kali seminggu bolej ambil makanan berkanji sebanyak 5oz sahaja dan semua protein seperti sebelunya tanpa butter dan miinyak.

Fasa Bercuti (Cruise Phase): Boleh makan apa sahaja dalam 1 hari (protein only). Cadangan Dr Dukan ialah pada hari Khamis.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba diet ini sila cari lebih banyak info dan dapatkan fakta sebenar untuk mendapat kesan yang diinginkan. Tapi sebelum itu:-

Sebenarnya...

Dukan Diet ini merupakan diet yang pelik yang mementingkan pilihan makanan yg cerewer, pelan yg sama untuk setiap orang dan tidak dapat bertolak ansur dengan perubahan hidup. I sebenanrnya telah wujuk lebih dari 35 tahun , iaitu sejenis kaedah Protein-Sparing Modified Fast (PSMF). Melalui kaedah ini, dapat mengurangkan berat yang banyak dlm masa yg cepat, dan sesuai untuk org obese dengan masalah kesihatan. Karbohidrat dan lemak tidak dibenenarkan langsung dalam diet ini. Dalam kaedah PSFM, pesakit diawasi sari segi pengambilan vitamin dan mineral untuk mengelakkan ketidakseimbangan nutrien.

Oleh itu, walaupun banyak kisah kejayaan artis Hollywood dipaparkan dalam media, diet ini tidak digalakkan kerana ianya merbahaya.

Pastikan anda mengamalkan diet sihat seperti Herbalife untuk mencapai berat badan yang diinginkan.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...