Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, July 8, 2010

Item baru untuk dicuba

Kalau dalam post sebelum ini, dah ditunjukkan 'tool' yang baru dapat, kali ni aku nak cerita pulak beberapa tambahan barang baru yang diterima dalam minggu ni.

Ok, mula-mula sekali aku dapat 'hadiah' ni khas daripada Stella .


Memang berbaloi betul botol ni, sungguh praktikal untuk letak stok teamix masa kat pejabat dan minum untuk sepanjang hari. Baru aje plan nak beli alih-alih dapat hadiah pulak. Terima kasih banyak-banyak lah pada Stella ye.

Untuk pengetahuan semua, Herbalife dah keluarkan Aloe Vera Mix ni sejak dari Januari 2010 tapi baru kali ni berpeluang nak beli. Maybe sebelum ni belum 'terpanggil' lagi untuk beli sebab dah selesa dengan Shapeworks Set dan Nourifusion. Tapi bila ada pelanggan sendiri yang order item ni dan menurut komen dia, " Sedap dan menyegarkan" teruslah rasa nak cuba. Sekurang-kurangnya bila orang tanya rasa dan kesan pada badan, boleh cerita pengalaman sendiri, kan?

Selain daripada tu ada 1 lagi produk baru Herbalife yang baru keluar pada 22 Mei 2010 lepas iaitu Omega 3 Fish Oil. Produk ni pun dengarnya beri kesan yang bagus juga untuk badan. Ok, yang ni belum order lagi. Kena tunggu dulu. Almaklumlah bajet bulan ni dah 'lari' ke weight scale yang sangat berguna tu.

Selain daripada tu banyak lagi produk dalam Herbalife, dalam kategori Produk Penjagaan Badan. Aku pun memang pengguna NouriFusion Cleanser, Moisturiser dan Night Cream. Untuk kulit yang kurang bermasalah macam aku ni, penggunaan produk ni memang sangat bagus dan tidak pernah menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik. Kepada sesiapa yang berminat nak cuba, bolehlah. Pastikan anda pilih jenis yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Herbalife Aloe Hand Cream ni pun aku baru guna sejak seminggu yang lepas. Ini sebab terpengaruh dengan iklan yang cakap, "Tangan kita memerlukan krim yang khas untuk menjaga kelembapan dan kelembutan." Alah...dalam TV memang ada produk baru tu. Cuma aku tak belilah produk tu. Baik cuba yang Herbalife punya. Anyway, Hand Cream ni memang best sebab sebaik sahaja pakai, terus rasa tangan lembut gile. Bau dia pun best. Result jangka panjang belum tahu lagilah sebab baru guna, kan. Tapi untuk tangan yang asyik menaip di ofis, dan memasak serta berkebun di rumah, dan kerja-kerja rumah yang lain, rasanya boleh membantu kot, bagi tangan lembut sikit hehe.

Yang penting, apa-apa produk yang kita beli pun kita mestilah nakkan hasil yang betul-betul terbaik, berbaloi dengan duit yang telah kita belanjakan untuk mendapatkan produk tersebut, kan? Dan kalau kita dah dapat harga yang menarik untuk sesuatu produk, tak salah kalau kita gunakan item lain dalam produk tersebut asalkan bersesuaian dengan kita. Dan dengan jenama 'Herbalife' ni, rasanya tak sangsi lagi bahawa produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada betul-betul menggunakannya dengan kaedah yang terbaik.

p/s: Untuk rasai kesan penggunaan produk Herbalife, boleh hubungi saya.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...