Memang menarik ceritanya kerana, cara Jillian, seperti yang kita semua tahu, memang keras dan tegas. Kesian jugak tengok dia ' push' insan-insan terpilih dalam rancangan tu untuk workout walaupun baru je kenal beberapa minit, daripada hari pertama dalam seminggu dia duduk dengan family yang terpilih tu.
Tengok kepada cara Jillian tu, maknanya memang kita kena betul-betul 'push' diri kita to the limit. Kalau rasa nak pengsan ke, tak larat ke maknanya kita masih lagi kena buat dan tak boleh berhenti. Tengok pada pengalaman trainees dia, selepas beberapa hari buat energy akan datang dan badan akan boleh bertahan dengan training yang teruk macam tu. Tapi kalau dengan diri kita boleh ke buat? Especially untuk orang yang tak pernah bersenam? And after 6 weeks diorang dapat turun dengan banyaknya pulak tu. Hmm...rasa-rasa reality ke atau ada unsur-unsur lakonan semata-mata?
Anyway, kita ambil yang positiflah. Maknanya setiap dari kita mampu untuk melakukan apa saje yang kita nak buat, as along as kita bersedia untuk 'push' diri kita untuk mencapainya. Semua kejayaan perlu bermula selangkah demi selangkah. Don't expect to achieve everything at the very begining. Yang penting, semangat, usaha dan berterusan.
Tengok rancangan ni betul-betul motivasi diri untuk cuba start workout balik selepas habis bulan Puasa ni. Hopefully dapat start cepat. Risau gak 2 minggu cuti Raya nanti macamana agaknya dengan corak pemakanan kita? Adakah a few kilos yg kita berjaya turunkan untuk 30 hari ni akan kembali semula untuk jangka masa yang singkat? Hopefully not.
No comments:
Post a Comment