Mereka Yang Telah Turun Berat Badan Mengalami Keburukan Herbalife Ini
Adakah produk Herbalife dapat membantu untuk menurunkan
berat badan? Sudah semestinya!
Tetapi, adakah anda tahu bahawa majoriti mereka yang telah
berjaya turun berat badan dengan Herbalife akhirnya mengetahui keburukan
Herbalife.
Apakah Keburukan Herbalife Yang Mereka Alami Itu?
Ramai yang komplen bahawa mereka sudah tiada baju untuk
dipakai lagi! Baju dan ada semuanya longgar.
Kemudian, apakah lagi keburukan Herbalife?
Mereka menyesal kerana telah memberikan baju saiz kecil
iaitu baju-baju lama mereka kepada orang lain. Ada yang sampai minta semula
baju mereka kalau masih ada pada adik beradik atau kenalan rapat. Ada juga
orang yang diberikan baju itu pun sudah tidak muat memakainya lagi, dan
memulangkan semula kepada tuannya. Seronoklah bila dapat kembali pakai baju
lama, kan? Sudah terbalik rupanya.
Mereka yang telah turun berat badan dengan Herbalife tidak pernah
menyangka sebelum ini bahawa mereka boleh kurus semula. Ada yang telah pelbagai
cara, tetapi tidak berjaya. Ada yang tidak menyangka dengan bertukar kepada
sarapan sihat nutrisi Herbalife, mereka mampu menurunkan berat badan, kembali
kepada bentuk badan yang lebih cantik, dan rasa lebih cergas dan bertenaga.
Jadi, keburukan Herbalife yang paling nyata ialah, anda
terpaksa mengeluarkan wang untuk membeli baju baru, jika baju lama sudah tiada
lagi. Sungguh menyedihkan, bukan?
Saya sendiri mengalami pengalaman kesan Herbalife yang sama selepas berjaya
turun 18kg berat badan. Terpaksa selongkar balik baju sewaktu kurus ketika
berkahwin dulu. Saya cuba untuk menyimpan baju yang sudah longgar ke dalam
kotak, dengan harapan ingin memakainya jika mengandung. Tetapi rupa-rupanya
keburukan Herbalife yang saya alami ialah, baju itu tetap longgar dan besar
untuk dipakai walaupun ketika saya mengandung cukup bulan!
Jadi, jangan salahkan produk kurus Herbalife jika anda terpaksa
membeli pakaian baru untuk nampak lebih cantik dan bergaya. Bersyukurlah kerana
anda mungkin dapati bahawa pencarian baju adalah lebih mudah sekarang kerana
sudah banyak pilihan yang sesuai dengan saiz terbaru anda.
Jika anda sanggup menghadapi keburukan Herbalife ini,
hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 7 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com |
No comments:
Post a Comment