Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, February 8, 2017

CABARAN KURUSKAN BADAN: HILANG KAWAN

KURUSKAN BADAN DAN HILANG KAWAN?

Percaya tak, dalam proses nak kuruskan badan kita mungkin hilang kawan?


Ini adalah antara salah satu cabaran yang akan dihadapi oleh semua yang ingin turunkan berat badan.

Perkara ini perlu diambil kira bagi sesiapa yang merancang untuk turunkan berat kerana, jika ianya berlaku akan menyebabkan perubahan emosi yang tidak dijangka menyebabkan kita rasa ‘down’ dan cepat ‘give up’

Oleh itu, jika anda betul-betul ingin turunkan berat badan, anda perlu bersedia untuk menghadapi reaksi daripada orang sekeliling, termasuklah ahli keluarga dan kawan-kawan kita

Pernah tak alami, bila kita sedang diet, kawan ajak nak belanja makan?

Bila kita balik dari senaman, kawan kita hantar satu bekas mee goreng pada kita suruh kita makan. 

Bila kita cakap sedang kawal makan untuk diet, mereka mula cakap tak perlu dietlah, dah kuruslah, nanti sakitlah, kurus sangat tak cantiklah, dan macam-macam lagi.

Sedangkan, ketika itu sebenarnya kita masih lagi dalam keadaan obese!

Agak-agaknya kenapa mereka mereka kata dan buat begitu?

Sebenarnya, ada kawan kita yang risau, jika kita sudah berubah nanti, bermakna kita dah tak nak buat rutin yang biasa dengan mereka, contohnya lepak tengok wayang, keluar makan dan lain-lain lagi.

Lebih rapat dan lebih lama mereka kenal kita, lebih susah mereka nak terima perubahan yang akan berlaku dalam diri kita.

Tetapi, jika anda benar-benar ingin melakukan perubahan untuk kuruskan badan, anda perlu ingat, semua komen dan kritikan yang diberikan semuanya adalah berkaitan diri mereka dan tiada satu pun berkaitan diri anda.

Cabaran  paling besar untuk anda hadapi sebenarnya untuk kuruskan badan ialah kritikan dari diri anda sendiri, apa yang anda sendiri rasa di dalam hati.

Setiap hari kita mungkin terfikir, membazir buat semua senaman dan jaga makan, sebab nanti akan gemuk balik. Sebab itulah untuk berjaya kuruskan badan, keazaman dan tekad diri sendiri adalah paling penting.

Pakar motivasi dan psikologi merumuskan bahawa sangat penting bagi mereka yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan, berada dalam lingkungan orang yang positif dan dalam misi yang sama dengan mereka.

Kadang-kadang kita selalu fikir untuk jaga hati kawan, atau puaskan hati dia, tetapi sebenarnya tidak semua orang kita boleh puaskan. Apa yang penting ialah diri kita sendiri.

Ingatlah, akhirnya kita sendiri yang menentukan apa yang kita inginkan dari badan kita.

Saya turun 18kg dengan produk Herbalife. Download ebook untuk ketahui bagaimana.

Macamana nak hadapi kawan yang tak mahu lihat kita kuruskan badan?


Untuk menghadapi cabaran ini, mula-mula terangkan pada mereka usaha yang sedang anda lakukan. Terangkan pada kawan anda apa yang anda rancang untuk buat dan tidak buat.

Bila dia ajak untuk buat sesuatu yang mengganggu perjalanan usaha anda, terangkan secara lembut, kenapa anda tidak boleh melakukannya. Mungkin mereka pun belum faham kenapa anda perlu buat apa yang anda perlu lakukan.

Pakar mencadangkan jika mereka mempengaruhi kita melanggar diet, kita perlu katakan, ‘Ini tidak membantu saya”.

Mereka pasti dengar dengan apa yang kita sampaikan, Cuma mungkin anda yang dapat menerimanya, dan mungkin ada juga yang tidak.

Anda harus cepat-cepat kembali kepada usaha anda, tanpa terlalu memikirkan tentang pendapat mereka.

Mungkin jika perlu,anda perlu menjauhkan diri sebentar dari mereka dan berikan sedikit ruang. Elak dari berkawan dengan orang-orang toksik, iaitu yang akan mempengaruhi kita secara tidak baik.


Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuruskan badan dengan Herbalife 

Anda layak berjaya!

Ingatlah, anda harus selalu berbangga dengan apa yang anda telah capai, dan elakkan dari mendengar perkara negatif dari mulut orang lain. Dalam hati mereka, mereka sebenarnya berharap yang mereka jadi hebat seperti anda, cuma mereka hadapi masalah untuk melafazkannya.

Apa yang penting ialah, anda harus spesifik dengan matlamat anda. Katakan dan tuliskan apa yang ingin anda capai dan apa anda perlu buat untuk mencapainya. Baca matlamat anda setiap hari.

Anda perlu berada di sekeliling orang yang akan buat anda jadi lebih baik, kerana orang seperti ini tidak akan menghakimi anda atau merendah-rendahkan anda. Jika tidak, anda mungkin tidak akan dapat menurunkan berat badan sampai bila-bila.

Ingatlah, anda layak untuk kuruskan badan dan anda layak untuk mendapat kawan yang inginkan semua yang terbaik untuk anda. Apa sahaja anda ingin lakukan, kawan anda perlu sentiasa menyokong anda tidak kira bagaimana kehidupan anda akan berubah nanti.

Jika anda betul-betul serius untuk kuruskan badan, anda boleh menyertai Program 21 Hari Turun Berat Badan bersama Coach Aziera. Program ini menyediakan support group supaya anda sentiasa bermotivasi dan dikelilingi oleh kawan-kawan yang turut sama untuk menurunkan berat badan seperti anda.

Selain itu, anda juga akan mendapat maklumat mengenai pemakanan, senaman dan kesihatan setiap hari untuk menjamin kejayaan anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.



Coach Aziera Yazid telah berjaya turun berat sebanyak 18kg dan mengekalkannya selepas 8 tahun. Kini telah membantu ramai orang yang ingin turunkan berat badan dalam usaha mencapai berat badan dengan cara yang sihat, selamat, dan berkesan. Hubungi Coach Aziera Yazid sekarang untuk ketahui bagaimana beliau boleh membantu anda menurunkan berat badan dan mengekalkannya.

photo 
     

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...