Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Sunday, February 5, 2017

Terpaksa Kurus Dengan Diet Herbalife

Diet Herbalife Buat Kurus Dengan Terpaksa?

Kali ni saya nak bercerita mengenai kisah seorang klien saya dari Labuan. Dia adalah seorang ibu yang menyusukan anak secara sepenuhnya. Namanya Aini.

Aini mula mengambil shake selepas melahirkan anak,bukan niat untuk kurus, tapi hanyalah untuk menjaga kesihatan dan menurunkan sedikit berat badan je. Dia tidak pun nak kurus sangat kerana dia sangka ibu menyusu susah nak kuruskan badan.

Ramai ibu yang sedang menyusukan anak, risau mereka tak boleh nak turunkan berat. Terutama sekali yang fully breastfeed, iaitu yang susukan baby secara sepenuhnya.

Ada yang risau mereka akan cepat lapar dan dahaga kerana biasanya lepas  menyusukan anak atau mengepam susu, mereka akan makan kerana rasa sangat lapar. Mereka tertanya-tanya apakah cara menurunkan berat badan yang terbaik untuk mereka.

Jadi, jangan ingat ibu menyusu senang nak kurus. Silap-silap berat masa bersalin tu tak dapat turun!

Walaupun produk Herbalife memang terbukti dapat turunkan berat badan, ramai ibu menyusu risau diet Herbalife akan menyebabkan susu badan mereka berkurang. Mereka juga biasanya risau bila gantikan makanan dengan shake Herbalife, mereka akan rasa lapar dan tidak kenyang.



Aini tak sangka boleh kurus dengan diet Herbalife

Selepas melahirkan anak pertama dulu,  Aini pernah menggunakan produk Herbalife untuk turunkan berat dengan bantuan Coach Aziera, dan berjaya turun lebih dari 10kg



Tetapi, pada bulan Mei 2016 lalu, selepas melahirkan anak ke-3, dia rasa ingin mencuba diet Herbalife ketika pantang dan menyusukan anak ketiganya sepenuhnya. Pada masa ini beratnya sudah mencecah 76kg ketika bersalin.

Hasrat di hati Aini guna produk Herbalife hanyalah untuk dapatkan tenaga dan nutrisi secukupnya untuk rasa lebih sihat.

Lagipun, selepas melahirkan anak kedua, dia tidak menggunakan produk Herbalife, jadi berat badannya susah untuk turun.

Nak tau apa kesan diet Herbalife Aini selepas lahir anak ketiga?

Selepas sebulan melahirkan, berat Aini hanya turun kepada 67kg. Pada ketika ini dia nekad untuk menggunakan Herbalife bagi menurunkan berat badan, tambahan pula kerana dia masih menyusukan badan secara sepenuhnya.

Sehingga kini Aini terus dapat menyusukan bayinya sehingga umur 10 bulan tanpa campur susu formula.  Tanpa disangka Aini sendiri pun dapat kuruskan badan!

Dia hanya buat diet suka-suka aje, tak ada harapan pun nak kurus.Lagipun ketiga-tiga anaknya lahir secara ceaserean, memang susah nak kurus sebenarnya.

Rupa-rupanya diet Herbalife telah berjaya mengubah diri Aini. Beratnya  sudah turun kepada 56.8kg setakat ini. Katanya, angka 56kg ni dia hanya dapat sebelum kahwin dulu.

Sebenarnya Aini target nak dapat berat 60kg je. Tapi terpaksa pulak kurus lepas selesa amalkan diet sihat ni. Selepas turun 10kg , dia pun dah boleh pakai baju 4 tahun dulu.

Kalau tak percaya boleh tengok gambar Aini ni.





Macamana Aini boleh kuruskan badan tanpa disangka ni?

3  faktor utama kejayaan turun berat badan Aini adalah:-

1. Sentiasa dapatkan nasihat dari Coach tentang aturan makanan dan jenis pemakanan

2. Diet tanpa stress- Tak perlu risau berlapar ketika masih menyusukan anak

3.Makan ikut waktu - Coach akan ajarkan waktu yang sesuai untuk makan, dan pilihan makanan termasuk selepas jadual mengepam susu. Hanya perlu ikut sahaja nasihat dari Coach

Jika Aini boleh lakukan, anda dan semua ibu mesti boleh lakukan juga.

Jangan risau untuk turun berat badan jika anda seorang ibu. Dapatkan nasihat dan bantuan dari seorang Coach Bebas Herbalife yang sudah turun berat untuk membantu anda.


Disclaimer: Hasil adalah tidak tipikal. hasil adalah berbeza mengikut individu*

Hubungi Coach Aziera sekarang jika anda juga mahu kurus dengan diet Herbalife seperti Aini.

photo 
     

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...