Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Formula 3 Herbalife. Show all posts
Showing posts with label Formula 3 Herbalife. Show all posts

Sunday, April 25, 2010

Mengawal berat badan dengan Herbalife dan bersenam

Sambungan kepada kisah saya selepas berjaya turun daripada 92kg kepada 74 kg dengan Herbalife*.

Bila berat dan turun dengan banyak dan bentuk badan pun dah nampak cantik, saya mula berasa sangat selesa dengan diri sendiri. Kadang-kadang saya ambil shake Herbalife untuk breakfast dan kadang-kadang tidak langsung.

Selepas berat badan saya berjaya turun kepada 74kg, saya mulai sedar perut saya masih bermasalah. Walaupun dah ambil Formula 3 dalam shake, saya merasakan bahawa saya perlukan kaedah yg lebih baik untuk mencantikkan bentuk badan saya, terutama di bahagian yg bermasalah. Saya mula belajar pergi ke kelas Pilates yang disyorkan oleh kawan sekerja.

Bagusnya kelas ni ialah kerana ia mengajar teknik pernafasan yang betul dan posisi yang betul ketika bersenam. Dalam kelas ni saya belajar cara menerima arahan yang betul drpd instructor dan kepentingan melakukan posisi yang betul bagi mendapatkan kesan yg maksimum daripada setiap gerakan yg kita lakukan. Saya berjaya pergi ke kelas ini dalam masa 2 bulan dan mengurangkan beberapa inci ukuran badan terutama di bahagian perut.

Walau bagaimanapun Pilates bukanlah merupakan sejenis senaman yang dpt mengurangkan kalori yg banyak. Ia lebih kepada membentuk badan dan memberi kebaikan kepada postur dan sistem dalaman badan kita, wanita terutamanya.

Tapi, masalah utama saya ialah masa. Nak pergi ke kelas Pilates 2 kali seminggu pun agak sukar. Saya terpaksa pergi selepas kerja dan menunggu suami tercinta menguruskan anak-anak. Nak pergi hujung minggu lagilah payahnya.

Lama-kelamaan bulan puasa pun menjelma aktiviti pilates pun terhenti. Semasa bulan puasa, dengan mengambil shake Herbalife sahaja semasa sahur, saya berjaya turunkan lagi berat.

Masalah timbul selepas raya, yang mana saya terus beraya sakan, cuti dari diet dan cuti dengan Herbalife. Undangan makan, majlis Hari Raya dan pilihan makanan yang tidak betul menyebabkan berat saya naik semula. Naik beberapa kg, double daripada yg diturunkan semasa bulan puasa. Keadaan menjadi lebih teruk semasa 2 minggu saya di UK pada Disembar tahun lalu atas urusan kerja menyebabkan cara pemakanan menjadi kucar kacir. Akhirnya berat saya bertambah lagi menjadi 78kg.

Oleh kerana risau berat akan bertukar kepada angka 80-an, saya mula tersedar dari kelekaan dan bertekad menurunkan balik berat saya. Saya mula ambil shake Herbalife 2 kali supaya berat saya dapat diturunkan semula.

Awal tahun ini merupakan masa saya berkenalan dengan senaman. Berdasarkan pengalaman dalam kelas pilates yg lalu, saya rasa saya berjaya buat home workout dengan hanya menggunakan DVD, di rumah dengan baik. Nanti saya akan ceritakan jenis-jenis video dan workout yang saya lakukan sekarang.

Sekarang ni berat saya dah menjadi 73kg. Saya rasa puas hati kerana berjaya mengawal berat badan sendiri dengan baik. I think this is what Herbalife is all about. It is to teach you on how to control yourself in making the right choice.Sebab itu saya selalu tegaskan, nak kawal berat badan sama susahnya dengan nak turunkan berat badan.

Sekarang ni saya hanya mengambil Shake Herbalife sebagai satu hidangan breakfast yang seimbang dan penuh khasiat. Saya dah boleh berhenti drpd mengambil shake Herbalife, but why should I? Ini merupakan satu supplement yang saya sediakan untuk tubuh saya.

Dengan bersenam dapat membantu saya membentuk tubuh badan dan otot untuk mencapai bentuk badan yang menarik dan menyelesaikan masalah saya di bahagian perut. Sebab inilah mereka yang dah lama dengan Herbalife akan masukkan aktiviti bersenam dalam jadual harian kerana kami semua merasakan perjuangan untuk menjadi kurus dan fit tetap perlu diteruskan.

Jadi, jangan risau kalau anda baru nak memulakan journey dengan Herbalife. Anda tak perlu beregantung dengan produk ini untuk selama-lamanya. Ia hanya merupakan pembantu yg paling berkesan di saat ada mahu menurunkan berat yang banyak tu, dan juga membantu anda mengawal berat badan dan memilih cara yg sihat. Hanya anda sahaja yg kenal dengan keperluan diri anda sendiri. Lama-kelamaan anda akan tahu kehendak diri anda dan akan memperolehi formula sendiri untuk mengawal berat badan.

Anda pun boleh merasakan pengalaman ini. Tujuan saya hanyalah untuk memberikan panduan kepada anda cara-cara menurunkan berat badan dengan Herbalife. Once anda dah berjaya turunkan berat anda itu, anda sendiri akan tahu di mana kelemahan anda dan boleh berjaya mengawal berat badan anda sendiri nanti.

Nantikan pula cerita saya memilih workout yang terbaik untuk saya. Sementara itu, boleh hubungi saya sekiranya ingin mendapatkan panduan menurunkan berat badan dengan Herbalife.


*Kesan penurunan adalah berbeza-beza. Hasil adalah tidak tipikal

Friday, April 16, 2010

Lose weight tips from Hollywood



Semalam sempat tertengok cerita mengenai artis-artis Hollywood yang berjaya turunkan berat badan dan dapatkan bentuk badan yang menarik semula. Walaupun kita tak boleh samakan situasi kita dengan mereka semua yang sememangnya banyak duit dan boleh dapat apa jua yang diorang nak, at least beberapa tips yg dapat dari situ memang boleh membantu.

Menurut salah seorang personal trainer drpd kalangan artis tu, untuk dapatkan bentuk badan yang menarik, tidak boleh dengan senaman yang target pada specific parts of the body. Maknanya kalau kita nak kempiskan perut macam Britney Spears kita buat crunches 1000 kali pun tanpa excersize lain agak susah nak dapat, atau mungkin tak dapat kot. Apa yang penting ialah kita kena include senaman jenis kardio, dan juga diet yang betul.

Diet yang paling banyak diamalkan oleh artis Hollywood ialah dengan mengurangkan karbohidrat dan mengurangkan lemak. Protein sangat ditekankan untuk membentuk badan dengan cantik. Oleh itu, dengan menambahkan Formula 3 Herbalife, dalam diet dan shake, memang sangat membantu untuk mendapat tubuh badan yang cantik.

Selain daripada itu, cara yang terbaik untuk merasai kesan penurunan badan bukan melalui pita pengukur atau penimbang berat, tetapi dengan menggunakan baju lama kita seeloknya yang bersaiz kecil, dan mencubanya selalu. Dengan cara ini, bila berat badan kita kita menjadi semakin kurang dan ukuran inci iaitu lemak pada badan pun berkurangan, kita akan dapat merasa baju itu semakin lama menjadi semakin muat, atau semakin longgar. Ini akan lebih meningkatkan motivasi kita untuk meneruskan usaha mendapat berat badan ideal.

Walaupun artis-artis Hollywood ini mampu mengupah personal trainer untuk excersize dan diet mereka, janganlah rasa itu salah satu faktor untuk berjaya. Sekiranya ada yang berminat mendapatkan berat bdan ideal dengan Herbalife, saya sedia memberi panduan dan nasihat sepanjang masa sehingga anda mendapat berat badan yang diinginkan.

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai diet dengan Herbalife.

Sunday, March 21, 2010

Makanan Sihat #3: Oat

Sumber gambar:photoshoparama

Oat sering diiklankan dalam TV sebagai makanan yang dapat membantu merendahkan kolestrol. Cuba bayangkan, kalau kita makan oat, bila saja oat masuk kedalam badan seolah-olah kolestrol dalam badan disedut oleh oat tersebut.

Oat merupakan makanan yang mempunyai pelbagai kebaikan. terdapat bermacam-macam jenis oat: oat groats, steel oats, rolled oat, dan instant oat. Walau apa jenis oat sekalipun kandungan nutrient tetap sama, cuma yang berbeza hanyalah cara penyediaan dan rasa selepas dimasak. Walau bagaimanapun, oat berperisa yang banyak dijual di kedai adalah tidak termasuk dalam kategori berkhasiat tinggi kerana oat jenis ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Adalah dinasihatkan agar memilih plain oat untuk dimakan.

Cara makan oat banyak diletakkan di laman web resepi di Internet. Oat boleh dimakan dengan buah-buahan segar, dicampur dengan susu untuk tambahan kalsium, atau dicampur dengan protein powder seperti Formula 3 untuk tambahan protein. Kita boleh memilih mana-mana resepi yang sesuai, sambil tetap mengambil kira bilangan kalori dan kurangkan perisa yang tidak diperlukan seperti gula atau sodium.

Antara kebaikan oat:-
  1. Merendahkan kolestrol dalam badan.
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan dalam jangka masa panjang.
  3. Mengandungi bahan anti kanser- kepada wanita dapat mengelakkan breast cancer.
  4. Mengawal tekanan darah- membantu mengurangkan hypertension, dan merendahkan tekanan darah tinggi.
  5. Kandungan fiber dalam oat membantu sistem perkumuhan badan.
  6. Membantu dalam penurunan berat badan kerana oat memberikan rasa kenyang dalam jangka masa panjang, disebabkan kandungan fiber dalam oat. - Kanak-kanak yang makan oat kebiasaannya jarang mengalami overweight.
  7. Sumber karbohidrat yang memberikan tenaga kepada badan.
  8. Oat juga mengadungi senarai panjang nutrient lain seperti asid amino yang membantu fungsi badan, vitamin seperti thiamin, folic acid, biotin, pantothenic acid & vitamin E. Selain itu juga mengandungi zinc, selenium, copper, iron, manganese & magnesium.
Oleh itu, memasukkan oat sebagai salah satu hidangan kita setiap hari adalah langkah yang bijak untuk kesihatan badan dan jantung kita.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...