Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label menurunkan berat badan. Show all posts
Showing posts with label menurunkan berat badan. Show all posts

Monday, December 28, 2015

Cara Sihat Untuk Kurus Sebelum Kahwin

Dapatkan Cara Sihat dan Berkesan untuk Kurus Sebelum Kahwin

Adakah anda sedang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin kurus sebelum kahwin?

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?

Jangan risau! Anda mungkin masih mempunyai banyak lagi masa sebelum berjaya kurus sebelum kahwin. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kuruskan badan, bergantung kepada bentuk badan anda sekarang.


Saya nak kurus sebelum kahwin

Saya pernah mengalami pengalaman yang sama nak kurus sebelum kahwin. Selepas balik dari pengajian Ijazah saya dari US, berat badan saya sangat tinggi hingga mencecah lebih dari 90kg. Nak timbang pun tak sanggup masa tu.

Gambar saya sebelum berkahwin dan ketika belajar di US
Oleh kerana bakal suami saya, iaitu suami saya sekarang merupakan seorang yang sangat kurus, saya tidak mahu kami nampak janggal di atas pelamin. Tentulah nak kahwin nanti saya mahu nampak cantik, kurus, dan sepadan dengan pasangan saya. Oleh itu, saya betul-betul bertekad untuk kurus sebelum kahwin.

Sebenarnya saya sudah lama mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti berdiet sendiri, bersenam dan lain-lain lagi tetapi tidak berjaya. Atas desakan perlu kurus sebelum kahwin, sayamengambil keputusan untuk mengambil pil diet atau ubat kuruskan badan. Tetapi saya agak risau jika ada kesan sampingan dari ubat tersebut, jadi saya dapatkan pil diet dari doktor di sebuah klinik. Dengan pantauan daripada doktor setiap 2 minggu, saya berjaya turunkan berat menjadi 72kg ketika itu.

Saya dapat kuruskan badan dengan pengambilan produk kuruskan badan pil diet kerana ia menahan rasa lapar dan nafsu untuk makan. Saya tidak makan tengahari, mengambil kalori sangat rendah, berjogging dan beraerobik hampir setiap hari. Walaupun agak khuatir dengan bahan kimia dan ubat yang terdapat dalam pil diet itu mungkin memberikan kesan tidak baik untuk kesihatan saya untuk jangka masa panjang, saya tidak ada pilihan lain dan tidak faham cara sihat untuk kurus sebelum kahwin. Tidaklah saya tahu pada ketika itu bahawa menahan lapar menyebabkan metabolisme badan saya menurun.

Berjaya turunkan berat badan untuk berkahwin
Tapi, tahukah anda apa yang berlaku selepas saya kahwin?

Sebaik sahaja selepas kahwin berat badan saya naik secara mendadak. Oleh kerana target asal hanyalah mahu kurus sebelum kahwin, selepas kahwin berat badan saya naik bagaikan dipam-pam. Sehinggalah selepas saya melahirkan anak, saya hampir putus asa dengan masalah berat badan saya. Ketika saya masih menyusukan anak kedua, saya faham saya tidak boleh ambil pil diet semula, walaupun bagi saya itu sahaja pilihan untuk saya nak kurus.Saya mula risaukan kesan jika saya kurus dengan pil diet terutama kerana saya masih menyusukan anak.

Saya dah cuba pelbagai cara diet sendiri, diet tanpa makan nasi, bersenam secara bersungguh-sungguh dan lain-lain lagi tapi saya tahu bahawa saya tidak akan berjaya untuk melakukannya. Berat turun sangat perlahan, saya hadapi masalah susah buang air, dan tenaga juga berkurang. Akhirnya saya jadi cepat marah ketika menguruskan rumah tangga kerana kepenatan dengan lemak berlebihan dalam badan, selalu tidur pada waktu luang di pejabat, dan saya putus asa dengan bentuk fizikal saya.

Akhirnya saya bertemu dengan produk Herbalife.

Saya bertemu dengan produk Herbalife secara online dari internet, dan seorang Coach Turun Berat Badan yang sangat prihatin membantu saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan. Dengan diet yang disediakan oleh Herbalife, saya rasa sangat mudah untuk dilakukan. Yang best sekali, saya boleh terus ambil makanan kegemaran saya termasuk nasi, saya rasa lebih bertenaga dan lebih ceria. Apa yang penting kesan Herbalife adalah selamat untuk saya yang masih menyusukan anak. Akhirnya dengan bantuan Coach Bebas Herbalife saya, saya berjaya turunkan 18kg daripada berat asal 92kg kepada 74kg!

Ketahui bagaimana saya dapat turunkan 18kg berat badan walaupun sibuk.

Gambar saya memakai baju nikah selepas 5 tahun berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife

Kebaikan Herbalife ialah pelan pemakanan untuk kuruskan badan adalah sangat mudah diikuti. Yang paling penting sekali, apabila berjaya turunkan berat badan, saya dapat terus mengekalkannya. Selain itu kesan sampingan Herbalife semuanya positif dan saya terus mengamalkan diet Herbalife berkesan ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife anak saya yang ketiga. Kini pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya rasa lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih muda!

Jadi, persoalannya sekarang, jika anda nak kurus sebelum kahwin, adakah anda akan memilih penyelesaian yang bersifat sementara atau berkekalan? Adakah anda ingin terus kekal kurus walaupun selepas berkahwin, dan melahirkan anak?

Hubungi saya jika anda ingin memilih Herbalife untuk mendapatkan kesan kurus ketika berkahwin dan terus mengekalkan penurunan berat badan untuk jangkamasa panjang. Lantik Coach Turun Berat Badan anda sekarang!

Biar saya hubungi anda dengan mengisi borang di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797


This HTML form was created by Freedback.

Saturday, May 9, 2015

Mengapa Ucapan Untuk Hari Ibu Paling Penting?

Selamat Hari Ibu: Sudahkah Anda Berikan Ucapan Untuk Hari Ibu Tahun Ini?


Walaupun terdapat percanggahan pendapat mengenai Sambutan Hari Ibu, ini bukanlah satu penghalang kepada kita untuk menghargai ibu kita. Dalam Islam sendiri menyuruh kita menghormati dan memuliakan kedua-dua ibu bapa kita. 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra’, ayat 23)

Jadi, pada pendapat saya, tidak salahlah jika kita mengambil peluang memberikan ucapan untuk hari ibu yang paling istimewa kepada ibu kita yang disayangi.

Tujuan Hari Ibu diadakan ialah untuk memberi peluang kepada semua anak untuk menghargai seorang ibu, iaitu insan istimewa yang telah melaksanakan segala-galanya untuk kita, lebih daripada orang lain dalam dunia ini.  Kebanyakan orang mengambil kesempatan ucapan untuk hari Ibu ini untuk menghargai ibu mereka dan berterima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan yang telah dicurahkan selama ini.

Walau bagaimanapun ucapan untuk hari ibu bukanlah pada hari tersebut sahaja. Kita sepatutnya menghargai dan memberi perhatian kepada ibu bapa kita setiap masa. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
Jadi, jika anda masih mempunyai seorang ibu, jangan bertangguh lagi untuk menyampaikan ucapan untuk hari ibu yang teristimewa supaya dia gembira dan rasa dihargai.

Apabila menjadi seorang ibu, barulah saya lebih menghargai ibu saya. Saya lebih faham bahawa naluri seorang ibu sememangnya melakukan sedaya upaya bagi memastikan anak-anak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya. 

Dengan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan oleh seorang ibu, pemakanan sangatlah penting supaya kekal bertenaga dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ibu. Oleh itu, seorang ibu perlu pilih jenis sarapan sihat setiap hari. 

Seorang ibu juga mungkin terlalu sibuk hingga lupa atau tiada masa untuk menguruskan diri sendiri dan menjaga kecantikan. Herbalife menyediakan rangkaian  produk yang paling sesuai bagi seorang ibu. Selain daripada menyediakan makanan kesihatan yang boleh menambah tenaga dan membantu ibu menguruskan berat badan, ibu juga boleh mendapat kulit cantik dengan Herbalife. Produk Herbalife SKIN yang bebas paraben dan bebas sulfate, diuji oleh pakar dermatologi, boleh memperbaiki kulit muka seorang wanita kelihatan lebih cantik dan berseri dalam masa 7 hari. 

Jadi jika anda seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu, jangan bertangguh lagi untuk memberikan ucapan untuk Hari Ibu kepadanya. Anda juga boleh menghargainya dengan menghadiahkan  produk Herbalife yang sesuai untuk membantunya lebih cantik dan bertenaga.

Jika anda seorang ibu pula, jangan bertangguh lagi untuk menguruskan diri anda sendiri dalam menggalas tanggungjawab seharian. Pastikan anda sentiasa rasa bertenaga dan nampak cantik dan segar. Produk Herbalife mungkin boleh membantu anda. Anda boleh mendapatkan analisa kesihatan secara percuma di sini. 

Aziera Yazid merupakan seorang Coach Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife.

 
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com


Sunday, January 4, 2015

Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Menggunakan Shake Pengganti Makanan

Kenapa Pilih Shake Pengganti Makanan Sebagai Cara Menurunkan Berat Badan?



Ada pelbagai cara menurunkan berat badan, antaranya termasuklah dengan menjaga pemakanan dan mengawal kalori. Walau bagaimanapun, tidak ramai orang yang berjaya melakukannya. 

Ada sesetengah orang mendapati, dengan mengira kalori setiap makanan yang diambil adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan.  Ini menyebabkan berat mereka susah turun bila kalori yang diambil tidak dapat dikurangkan seperti yang sepatutnya.

Saya sendiri pernah cuba pelbagai cara menurunkan berat badan. Akhirnya saya berjaya turun 18kg dengan menggunakan shake pengganti makanan. Mungkin anda juga boleh menurunkan berat dengan cara ini. Klik untuk download ebook dan ketahui bagaimana saya melakukannya.

Sebagai permulaan, shake pengganti makanan boleh dijadikan sebagai sebagai satu pilihan untuk makanan sihat.  Lagipun, bagi mereka yang selalu skip waktu makan terutamanya sarapan pagi, dengan hanya minum shake pengganti makanan pada waktu sarapan dapat membantu mengawal berat badan dalam jangkamasa panjang.

Menggantikan waktu makan biasa dengan shake pengganti makanan juga merupakan satu ‘jump-start effort’ iaitu permulaan mudah untuk turunkan berat kerana pengganti makanan ini mempunyai kalori yang rendah. Ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang sibuk dan tiada masa atau sukar untuk mendapatkan pilihan makanan seimbang. Ia juga menyenangkan bagi mereka yang malas untuk fikir apa yang boleh atau tidak boleh dimakan untuk menurunkan berat badan.


Shake Herbalife merupakan satu pilihan pengganti makanan yang tinggi nutrisi dan rendah kalori. Menu bagi cara menurunkan berat badan dengan Herbalife ialah dengan menggantikan 2 kali waktu makan dengan shake rendah kalori pelbagai pilihan perisa. Untuk sekali waktu makan, anda boleh mengambil makanan biasa yang sihat dan seimbang. Ini merupakan cara menurunkan berat badan yang memudahkan kerana dengan menggantikan makanan biasa dengan shake,  jumlah kalori yang diambil untuk hari tersebut adalah kurang daripada kalori yang dibakar.

Ketahui kelebihan Herbalife sebagai shake pengganti makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan.

Shake pengganti makanan bukanlah penyelesaian sepenuhnya untuk masalah berat badan. Tetapi dengan menggunakannya sebagai langkah permulaan untuk cara menurunkan berat badan, atau untuk penggunaan secara konsisten bagi mengawal berat badan, akan membantu anda mengawal nafsu daripada pilihan makanan lain di luar. Lagipun, bukan sahaja penyediaannya sangat mudah, ia juga merupakan pilihan yang lebih baik daripada kebanyakan pilihan lain yang ada di luar.

Selain daripada mengambil shake pengganti makanan untuk turun berat dan sihat,  senaman akan membantu mengawal berat badan dan memberikan kesihatan yang baik kepada jantung kita.

Jom mulakan usaha menurunkan berat badan anda dengan shake pengganti makanan Herbalife sekarang! Dapatkan analisa kesihatan bagi mengetahui bagaimana anda boleh memulakan langkah menurunkan berat badan anda.

photo 
     


Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...