Coach Herbalife

Sunday, February 1, 2009

Minyak sihat

Semalam aku ke Carrefour untuk beli barang-barang dapur bulan ni. Antara yang aku beli ialah Minyak Masak Naturel (Sunflower & Canola seed oil). Walaupun harganya memang agak mahal daripada minyak masak kelapa sawit yang biasa, tapi ada sebab kenapa aku beli minyak ni.

Ni aku translate sikit apa yang aku baca mengenai minyak ni dalam buku 'Resepi Sihat, Pilihan Bijak' yang diterbitkan Persatuan Nutrisi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ni memang bagus sebab ada banyak resepi-resepi sihat dari seluruh negeri di Malaysia, dan setiap resepi diletakkan kandungan nutrien untuk setiap hidangan. Resepi-resepi yang ditunjukkan semuanya menggunakan bahan-bahan yang menyihatkan so kita boleh pilih apa jenis makanan yang kita nak masak, cara-cara memasak dan kandungan nutrien macam kalori, kalsium, emak, kolestrol, protein dan zat besi dalam setiap hidangan resepi tu.

Berbalik kepada Minyak Naturel tadi tu, aku cuba translate sikit isi kandungan advertorial yang aku baca dari buku ni:-

Minyak ini merupakan kombinasi bunga matahari dan biji canola yang mengandungi monosaturate yang tinggi tetapi rendah kandungan lemak. Minyak ini juga mengandungi Omega 3. Kajian mendapati monosaturate dapat membantu secara efektif dalam mngurangkan kolestrol jahat sambil mengekalkan kolestrol baik.


Ni aku ambil sedikit dari bahagian Q&A advertorial tu:

Q: Apa kandungan nutrisi dalam minyak Naturel?
A: Vitamin E yang akan membantu badan melawan penuaan sel dan organ, dan kanser serta penyakit lain.

Q: Adakah minyak ini mengandungi kolestrol?
A: Tidak

Q: Adakah minyak ini mengandungi bahan perisa atau preservatif?
A: Tidak


Lain-lain yang ditulis ialah minyak ini juga sesuai sebagai salad dressing. Sekiranya digunakan dalam deep fry method, minyak ini akan kekalkan rasa asal makanan dan minyak juga mudah dialir keluar.

Jadi, sebagai mengambil satu lagi langkah ke arah badan yang sihat, aku cuba nak gunakan minyak ni untuk masakan aku di rumah yang jenis bergoreng, especially untuk makanan-makanan kegemaran suami tersayang dan anak-anak. InsyaAllah, nanti aku akan cari lagi info tentang faedah minyak sunflower & canola seed ni dan post kat sini untuk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...