Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Makanan sihat. Show all posts
Showing posts with label Makanan sihat. Show all posts

Thursday, December 24, 2015

Kempen 21dayshakechallenge: Makanan Sihat Untuk Diet

Ambil Makanan Sihat Untuk Diet Dalam Masa 21 Hari Dengan  Kempen #21dayshakechallenge



Apa itu Kempen 21 Day Shake Challenge

Kempen ini bertujuan untuk mengatasi masalah obesiti yang semakin serius di Malaysia sekarang. Berdasarkan kajian, 1 daripada lima orang dewada di Malaysia menghadapi masalah obesiti
Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada tahun sebelumnya menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.
Statistik itu telah meletakkan Malaysia di tangga ke-10 dunia dengan jumlah penghidap diabetes seramai 3 juta orang, jauh lebih tinggi daripada jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang 2025 iaitu hanya kira-kira 800,000 orang.
Sementara itu, Majlis Pencegahan Obesiti pula menjangkakan Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dan tempat keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti!
Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/malaysia-8216-juara-8217-obesiti-1.42810#sthash.kMVBSHUZ.dpuf
Masalah obesiti akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.

Untuk membantu mengurangkan statistik obesiti di Malaysia, Herbalife telah memulakan kempen 21 days shake challenge untuk mengubah gaya pemakanan rakyat Malaysia kepada lebih sihat. Dalam kempen ini, peserta akan mengambil makanan sihat untuk diet iaitu Shake Herbalife selama 21 hari secara berturut-turut. Peserta juga dikehendaki post gambar shake Herbalife mereka setiap hari kepada media sosial atau kepada Coach Herbalife msing-masing.

Selain daripada mengambil makanan sihat untuk diet, peserta juga sentiasa akan mendapat maklumat dari masa ke semasa daripada Coach Turun Berat Badan masing-masing, mengenai kepentingan nutrisi dan cara pengambilan makanan sihat untuk diet yang betul. Dengan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada Coach masing-masing, mereka akan mendapat kesan berterusan dalam jangkamasa panjang, dan berat yang telah berjaya diturunkan akan dapat dikekalkan. 

Kenapa ambil makanan sihat untuk diet ini selama 21 hari?

Kajian telah mendapat bahawa dengan melakukan tabiat baru selama 21 hari berturut-turut, seseorang akan dapat membiasakan dirinya melakukan tabiat itu dan terus melakukannya secara istiqamah.

Kenapa saya perlu sertai kempen 21 days shake challenge?

Anda perlu menyertai kempen ini jika ingin turunkan berat badan atau memperbaiki kecergasan diri. Anda boleh mengamalkan pengambilan makanan sihat untuk diet secara konsisten selama 21 hari. Dengan mengambil shake Herbalife selama 21 hari secara berturut-turut sebagai menu sarapan sihat, sesiapa yang menyertai kempen ini akan dapat membina tabiat baru mengubah pemakanan menjadi lebih sihat. Dengan cara ini peserta akan mendapat hasil yang baik sekiranya terus melakukan secara konsisten, dengan bantuan seorang Coach Bebas Herbalife.

makanan sihat untuk diet #21dayshakechallenge
#21dayshakechallenge Pusingan Pertama Coach Aziera Yazid


Sertai Kempen 21 day shake challenge ini sekarang dan dapatkan makanan sihat untuk diet anda selama 21 hari untuk hasil yang mengujakan!

Apa yang perlu dilakukan untuk menyertai kempen ini dan mendapat kesan turun berat badan yang berkesan? Ikuti langkah di bawah:-

  1. Hubungi mana-mana Coach Bebas Herbalife anda jika ada, atau lantik saya sebagai Coach Turun Berat Badan anda dengan menghubungi nombor 017-9360797 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
  2. Dapatkan makanan sihat untuk diet iaitu shake Herbalife daripada Coach anda 
  3. Mulakan kempen 21-days shake challenge anda pada hari pertama anda menukar tabiat kepada makanan sihat untuk diet iaitu shake Herbalife.
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya melalui email ke aziera@azierayazid.com atau nombor 017-9360797.

Saturday, May 9, 2015

Mengapa Ucapan Untuk Hari Ibu Paling Penting?

Selamat Hari Ibu: Sudahkah Anda Berikan Ucapan Untuk Hari Ibu Tahun Ini?


Walaupun terdapat percanggahan pendapat mengenai Sambutan Hari Ibu, ini bukanlah satu penghalang kepada kita untuk menghargai ibu kita. Dalam Islam sendiri menyuruh kita menghormati dan memuliakan kedua-dua ibu bapa kita. 

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra’, ayat 23)

Jadi, pada pendapat saya, tidak salahlah jika kita mengambil peluang memberikan ucapan untuk hari ibu yang paling istimewa kepada ibu kita yang disayangi.

Tujuan Hari Ibu diadakan ialah untuk memberi peluang kepada semua anak untuk menghargai seorang ibu, iaitu insan istimewa yang telah melaksanakan segala-galanya untuk kita, lebih daripada orang lain dalam dunia ini.  Kebanyakan orang mengambil kesempatan ucapan untuk hari Ibu ini untuk menghargai ibu mereka dan berterima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan yang telah dicurahkan selama ini.

Walau bagaimanapun ucapan untuk hari ibu bukanlah pada hari tersebut sahaja. Kita sepatutnya menghargai dan memberi perhatian kepada ibu bapa kita setiap masa. Tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
Jadi, jika anda masih mempunyai seorang ibu, jangan bertangguh lagi untuk menyampaikan ucapan untuk hari ibu yang teristimewa supaya dia gembira dan rasa dihargai.

Apabila menjadi seorang ibu, barulah saya lebih menghargai ibu saya. Saya lebih faham bahawa naluri seorang ibu sememangnya melakukan sedaya upaya bagi memastikan anak-anak mendapat sepenuh perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya. 

Dengan tanggungjawab berat yang perlu dilaksanakan oleh seorang ibu, pemakanan sangatlah penting supaya kekal bertenaga dalam melaksanakan tugas sebagai seorang ibu. Oleh itu, seorang ibu perlu pilih jenis sarapan sihat setiap hari. 

Seorang ibu juga mungkin terlalu sibuk hingga lupa atau tiada masa untuk menguruskan diri sendiri dan menjaga kecantikan. Herbalife menyediakan rangkaian  produk yang paling sesuai bagi seorang ibu. Selain daripada menyediakan makanan kesihatan yang boleh menambah tenaga dan membantu ibu menguruskan berat badan, ibu juga boleh mendapat kulit cantik dengan Herbalife. Produk Herbalife SKIN yang bebas paraben dan bebas sulfate, diuji oleh pakar dermatologi, boleh memperbaiki kulit muka seorang wanita kelihatan lebih cantik dan berseri dalam masa 7 hari. 

Jadi jika anda seorang anak yang masih mempunyai seorang ibu, jangan bertangguh lagi untuk memberikan ucapan untuk Hari Ibu kepadanya. Anda juga boleh menghargainya dengan menghadiahkan  produk Herbalife yang sesuai untuk membantunya lebih cantik dan bertenaga.

Jika anda seorang ibu pula, jangan bertangguh lagi untuk menguruskan diri anda sendiri dalam menggalas tanggungjawab seharian. Pastikan anda sentiasa rasa bertenaga dan nampak cantik dan segar. Produk Herbalife mungkin boleh membantu anda. Anda boleh mendapatkan analisa kesihatan secara percuma di sini. 

Aziera Yazid merupakan seorang Coach Herbalife yang telah turun 18kg dengan produk Herbalife dan kini membantu ramai orang untuk menguruskan berat badan dan lebih cantik dan bertenaga dengan nutrisi Herbalife.

 
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com


Wednesday, July 28, 2010

Sakit kaki



Petang kelmarin urat pada kaki kiri entah mana silapnya menyebabkan kaki tu jadi betul-betul sakit. Malam tu terpaksa letak minyak panas dan urut-urut kemudian balut supaya tak masuk angin. Esoknya terpaksa pergi kerja dengan kaki berbalut bandage dan berselipar.

Nasib baiklah masa lunch break sempat jumpa dengan tukang urut di kawasan perumahan untuk dia tengokkan urat pada kaki tu. Sempatlah dia tolong urutkan sekali satu badan untuk legakan urat-urat yang tegang. Alhamdulillah hari ni kaki dah beransur baik, dan boleh sarung ‘flat’ shoes. Badan pun rasa ringan je sejak semalam lepas muscle2 dilurut dan ‘dibetulkan’ balik.

Masa sakit semalam, aku sedar bahawa kita manusia bila-bila masa sahaja akan ditimpa penyakit. Bila dah nak jadi tu, memang terus jadi tanpa sebarang ‘warning’. Tiba-tiba je badan jadi lemah dan tak berdaya nak buat apa-apa. Itu memanglah putaran hidup dimana kita akan sihat, sakit dan kemudian mati.

Cuma sebagai manusia kita haruslah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Kita harus berusaha supaya keadaan sihat kita ni dapat dipanjangkan lagi, sebelum kita ditimpa sakit. Kita kena betul-betul jaga diri sendiri.

Terutama bagi wanita, walaupun bukan ketua kepada keluarga tetapi merupakan seorang insan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai isteri, kena uruskan segala keperluan suami. Sebagai ibu, kena uruskan semua yang diperlukan oleh anak-anak. Bila kita dah sakit, memang rasa ‘sedih’ dan tidak bermaya bila tak dapat buat kerja-kerja yang biasanya kita lakukan. Dan kita pun akan rasa, walaupun ada bantuan daripada suami atau orang lain, masih tak sama dengan hasil yang kita dapat dan rasa bila kita buat sendiri.

Bak kata kakak yang urut badan aku tu, kita kena jaga diri sendiri. Dari segi kesihatan, kecantikan dan segalanya lah. Sebelum sakit,kita tidak akan dapat menghargai betapa besarnya nilai kesihatan yang kita ada.

Oleh itu, kita kena pastikan badan kita sentiasa sihat untuk diri sendiri dan keluarga. Selagi boleh, kena elakkan daripada terkena sebarang penyakit, terutama penyakit yang kronik. Jagalah diri anda, ubah kehidupan dan pemakanan kearah yang sihat.

Monday, April 19, 2010

Telur putih sahaja?


Dalam menurunkan berat badan, pemilihan makanan yang betul adalah penting. Antara sumber protein yang baik ialah telur. Jadi, kebanyakan orang yang sedang berdiet akan memilih untuk mengambil putih telur sahaja.

Antara resepi menarik boleh anda makan dengan putih telur ialah: 4 biji telur(putih sahaja) dicampur dengan sedikit garam dan bawang putih. Pukul dan goreng seperti membuat omelet biasa. 4 biji telur putih ini hanya 68 kalori sahaja, bagus kan?

Untuk pengetahuan anda, putih telur dari sebiji telur hanya 17 kalori sahaja, tetapi kalori untuk sebiji telur penuh ialah 70 kalori. Dengan meninggalkan kuning telur, anda telah membuang kandungan lemak dan koletsrol, dan memilih protein baik sahaja.

Walau bagaimanapun, ada juga orang yg rasa agak rugi untuk mengambil putih telur sahaja tanpa kuning. Antara menu yang anda boleh buat ialah: 2 keping roti whole grain dibakar. 1 keping keju rendah/tanpa lemak dan sebiji telur = 200 kalori sahaja. Sedapnya cicah roti dengan telur kunign yang tak berapa masak ye, ada orang panggil telur goyang.

Kepada mereka yang tak boleh tinggalkan telur kuning maybe boleh pilih jenis yang tinggi kandungan Omega-3.

Kepada mereka yang ingin masukkan telur ke dalam menu makanan diet anda, anda boleh pilih untuk makan telur putih sahaja atau the whole egg. Telur putih sahaja sebenarnya tiada nilai nutrisi yang banyak, tetapi telur kuning yang mempunyai separuh daripada kandungan protein dan semua nutrien dalam telur.

Apa yang anda boleh buat ialah dengan membuat scramble egg dengan 2 biji telur + 2 putih telur sahaja. Ini mengekalkan kandungan nutrien yang anda perlukan, di samping mengurangkan kalori.

Pilihan menu di tangan anda. Apa yang pasti anda faham pembahagian nutrien antara putih telur dan kuning telur.Boleh baca di sini.

Wednesday, April 14, 2010

Kenapa saya tak makan nasi?

Sebab utama ialah kerana menurut mypyramid.gov, walaupun nasi putih merupakan sejenis serat, tetapi dia termasuk dalam kategori serat yang telah diproses (refined grain).

Refined grain ni telah melalui suatu jenis proses untuk menambah beberapa jenis vitamin bagi menambah jangka hayat, namun telah menghilangkan kandungan fiber, iron dan beberapa jenis Vitamin B. Antara jenis grain yg termasuk dlm kategori ini selain dari nasi putih ialah roti putih dan tepung putih. Maybe sebab kandungan fiber tu kurang, menjadikan kadang-kadang cepat lapar walau pun dah makan nasi sepingan, kan?

Oleh itu, kita kena bertukar kepada serat jenis whole grain yang mana masih mengekalkan kandungan fiber dan semua jenis serat kernel seperti bran, germ dan endosperm. (Please use wiki to check the definitions ye hehe). So jenis-jenis wholemeal adalah seperti oatmeal, brown rice, roti whole meal, tepung whole meal dan senang cakap, semua jenis makanan yg tertulis whole meal.

Selain daripada tu, bila kurang makan nasik, aku rasa lebih mudah berat turun. Bila rajin buat workout memang terasa dan nampak penurunan tu. Baik dari segi kekurangan inci dan kekurangan kg.

Lagi satu sebab ialah, saya dah jatuh cinta dengan ini:-

Kalau tak ada yang di atas ni, yang ini pun ok:

Tapi saya tidak melalui sebarang proses diet Atkins atau apa-apa ye. Sekadar berubah untuk pilihan makanan yang lebih sihat sahaja.

Yang paling penting, waktu pagi masih kekal setia dengan shake Herbalife.

Thursday, March 18, 2010

Makanan Sihat #1 : Yogurt

Mulai sekarang, aku akan cuba meletakkan post mengenai contoh makanan sihat untuk panduan semua, termasuk diri sendiri (At least 1 jenis makanan sihat setiap hari)

Makanan Sihat No 1 hari ini ialah yogurt



Yogurt merupakan sejenis produk tenusu yang dapat membekalkan kalsium kepada badan. Kajian mendapati kalsium dapat membantu dalam menurunkan berat badan dengan menggalakkan pembakaran sel lemak dengan lebih cepat. Pembakaran sel lemak adalah penting dalam menurunkan berat badan, dan bukan penurunan otot.

Walau bagaimanapun, pengambilan produk tenusu perlu dikawal agar tidak melebihi jumlah kalori yang dipelukan oleh badan. Pilih yogurt jenis organik dan elakkan yogurt dengan tambahan gula atau dengan sweetened fruits. Pastikan selalu pilih yogurt jenis rendah lemak dan kurang gula.

Yogurt sangat sesuai untuk dijadikan healthy snack atau ditambah dengan shake Herbalife untuk rasa yang lebih sedap!

Wednesday, July 15, 2009

Butter vs Margarine

This morning, aku terlibatkan diri dlm perbualan kawan sekerja mengenai pilihan butter dan marjerin. Menurut colleague aku ni, Doktor dah nasihatkan dia untuk guna marjerin instead of butter, disebabkan masalah kolestrol dia.

Sebenarnya dia ni kecil molek aje orangnya, tak gemuk pun. Tapi bila dia buat medical checkup tahun lepas, doktor detect level kolestrol dia agak tinggi. So dia pun dah jumpa dengan pakar pemakanan dan dinasihatkan untuk pilih makanan yang rendah kolestrol. Masa ni lah dia sedar yang butter, yang memang menjadi kegemaran dia untuk makan dengan roti, adalah membahayakan untuk diri dia.

Oleh kerana aku pun tak pernah realized pasal benda ni, so aku cuba search dalam Internet. Rupanya topic ni memang dah lama, kontroversional orang kata. Dalam Internet memang ada banyak pasal topic ni. Boleh google aje. Cuma kat sini maybe aku nak summarize sikit untuk reference sendiri juga.

Butter dan margarine masing-masing ada kebaikan dan keburukan.
Butter mengandungi saturated fat iaitu yang dikenali sebagai bad fat sebab menaikkan paras kolestrol jahat (LDL level).Saturated fat ni selalunya datang dari animal products dan some plant product macam palm oil, coconut oil and palm kernel oil.

Marjerin pulak, masa baru dikeluarkan dulu, mengandungi banyak trans fat. Trans fat terhasil masa proses hydrogenation, dan selalunya ada dalam processed food macam french fries, popcorn dan lain-lain. Trans fat juga bad fat sebab naikkan paras kolestrol jahat (LDL) sama macam butter tadi.

Solution: Choose Soft Margarine With No Trans Fat
Soft Margarine yang dikeluarkan oleh manufacturer sekarang lebih sesuai digunakan kerana "zero cholesterol, no trans fat and typically very small amounts of saturated fat". Tapi yang paling penting kena check food label sebelum dibeli.

Kesimpulannya, antara perkara baru yang aku temui hari ini ialah:-

1. Guna soft margarine.
Selalu guna brand Naturel, tapi tak ingat brp kandungan trans fat dan saturated fat dia. Balik kena check. Maknanya Planta tu tak baguslah ye.

2. Ada good fat and bad fat.
Good fat contohnya monounsaturated fat (olive oil, nuts oil) dan polyunsaturated fat(fish oil).
Bad fat mcm diatas - saturated dan trans fat.

3. Kurangkan processed food - actually ni memang dah tau, cuma nak remind diri sendiri kurangkan beli fries, nuggets di rumah walaupun memang food ni yang paling mudah nak sediakan. Kena start merajinkan diri buat homemade makanan-makanan mcm ni.

4. Yang paling penting - check food label.
Different brand tak sama nutrition facts dia. So kena rajin-rajinkan diri baca label sebelum membeli.

Source: healthcastle dan annecolins websites

Sunday, February 1, 2009

Minyak sihat

Semalam aku ke Carrefour untuk beli barang-barang dapur bulan ni. Antara yang aku beli ialah Minyak Masak Naturel (Sunflower & Canola seed oil). Walaupun harganya memang agak mahal daripada minyak masak kelapa sawit yang biasa, tapi ada sebab kenapa aku beli minyak ni.

Ni aku translate sikit apa yang aku baca mengenai minyak ni dalam buku 'Resepi Sihat, Pilihan Bijak' yang diterbitkan Persatuan Nutrisi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ni memang bagus sebab ada banyak resepi-resepi sihat dari seluruh negeri di Malaysia, dan setiap resepi diletakkan kandungan nutrien untuk setiap hidangan. Resepi-resepi yang ditunjukkan semuanya menggunakan bahan-bahan yang menyihatkan so kita boleh pilih apa jenis makanan yang kita nak masak, cara-cara memasak dan kandungan nutrien macam kalori, kalsium, emak, kolestrol, protein dan zat besi dalam setiap hidangan resepi tu.

Berbalik kepada Minyak Naturel tadi tu, aku cuba translate sikit isi kandungan advertorial yang aku baca dari buku ni:-

Minyak ini merupakan kombinasi bunga matahari dan biji canola yang mengandungi monosaturate yang tinggi tetapi rendah kandungan lemak. Minyak ini juga mengandungi Omega 3. Kajian mendapati monosaturate dapat membantu secara efektif dalam mngurangkan kolestrol jahat sambil mengekalkan kolestrol baik.


Ni aku ambil sedikit dari bahagian Q&A advertorial tu:

Q: Apa kandungan nutrisi dalam minyak Naturel?
A: Vitamin E yang akan membantu badan melawan penuaan sel dan organ, dan kanser serta penyakit lain.

Q: Adakah minyak ini mengandungi kolestrol?
A: Tidak

Q: Adakah minyak ini mengandungi bahan perisa atau preservatif?
A: Tidak


Lain-lain yang ditulis ialah minyak ini juga sesuai sebagai salad dressing. Sekiranya digunakan dalam deep fry method, minyak ini akan kekalkan rasa asal makanan dan minyak juga mudah dialir keluar.

Jadi, sebagai mengambil satu lagi langkah ke arah badan yang sihat, aku cuba nak gunakan minyak ni untuk masakan aku di rumah yang jenis bergoreng, especially untuk makanan-makanan kegemaran suami tersayang dan anak-anak. InsyaAllah, nanti aku akan cari lagi info tentang faedah minyak sunflower & canola seed ni dan post kat sini untuk dikongsi bersama.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...