Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Thursday, May 20, 2010

Choose You

Dalam menjalankan aktiviti harian antara kehendak keluarga, kerjaya dan diri sendiri, adalah amat sukar bagi seorang wanita untuk menumpukan perhatian untuk keperluan diri sendiri.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang membuat perubahan positif dalam hidup adalah 5 kali lebih peluang untuk mengekalkan tabiat yang sihat.

Choose You merupakan sebuah program yang diwujudkan oleh Persatuan Cancer di Amerika bagi menggalakkan semua wanita, terutama di US, untuk membuat pilihan yang sihat dalam hidup. Antara pilihan dan perubahan penting yang perlu diusahakan oleh setiap wanita untuk diri sendiri ialah untuk memilih pemakanan yang betul, menjadi aktif, berhenti merokok, dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Di US, satu dari setiap 3 orang wanita menhidapi cancer dalam kehidupan mereka.Kira-kira 50% kematian akibat cancer boleh dielakkan apabila penekanan dilakukan untuk membuat pemeriksaan awal, dan mengamalkan kehidupan yang lebih sihat melalui diet, senaman, dan mengelakkan penggunaan rokok.

Walaupun statistik dan kajian ini dilakukan di US, dan program Choose You merupakan program untuk masyarakat di Amerika sahaja, adalah penting untuk kita, sebagai seorang wanita, untuk sama-sama menyedari perubahan dan amalan sihat yang patut dielakkan supaya kita tidak tergolong dalam bilangan mereka yang akan menghidapi cancer.

Menurut website MAKNA juga, statistik terkini penghidap cancer di Malaysia telah meningkat dengan bilangan pengidap wanita melebihi lelaki. National Cancer Registry (NCR) telah mengeluarkan statistik daripada laporan kajian kanser pada 2003-2005 menunjukkanbilangan pengidap kanser yang dikesan ialah 29,596 dikalangan lelaki (43.7 peratus) dan 38,196 di kalangan wanita (56.3 peratus).

Jenis pengidap kanser tertinggi merupakan kanser payudara (18 peratus) dan diikuti dengan kanser usus besar (11.9 peratus) dan lung cancer (7.4 per cent).

Jadi, dalam kesibukan kita seharian sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja, amatlah penting bagi kita untuk menjaga diri sendiri. Jangan lupa dan lalai untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang digesa oleh program Choose You ini iaitu:-
  • Memilih makanan yang betul
  • Menjadi lebih aktif
  • Berhenti merokok
  • Melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kerap
  • Menjaga kesihatan kulit
Ini merupakan video daripada Ellen Pompeo , my favourite actress from Grey's Anatomy, sebagai one of the spokeperson untuk program tersebut.



Untuk membaca lebih lanjut mengenai program Choose You boleh klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...