Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, April 2, 2012

Segalanya dengan Herbalife

Mata sudah mengantuk, badan sudah penat, otak pun dah tak mampu berfikir... Tapi aku terpaksa gagahi juga untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang Coach Pengurusan Berat Badan dan Ahli Bebas Herbalife Malaysia.
Bukan mudah sebenarnya untuk berada dalam keadaan aku sekarang. Betapa banyak masa yang dikorbankan, peluh yang dikeluarkan, air mata yang mengalir semata-mata untuk melaksanakan misi aku iaitu mengedarkan produk Herbalife kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Sudah berapa weekend aku tidak bercuti, dari awal tahun 2012 lagi. Aku juga sudah lama tidak menonton televisyen. Apatah lagi melayan anak-anak keluar berpoya-poya di luar seperti menonton wayang atau setakat pergi bersiar-siar.

Selalunya, segala aktiviti kami sekeluarga semuanya berkisarkan aktiviti Herbalife.Sama ada kami keluar menghantar produk pada pelanggan, atau bertapa dalam kereta sementara menunggu appointment yang akan datang. Suamiku dan anak-anak memang penunggu paling setia. Even bila ada training, suamiku sanggup menemani anak-anak di luar dewan. Merekalah sokongan yang aku ada dan sangat-sangat perlukan sekarang ini. Tanpa mereka semua, aku tidak tahu bagaimana aku mampu melaksanakan tugas sebagai seorang Coach yang baik. Tanpa kesabaran dan sikap tolak ansur mereka, mana mampu aku melayan students2 yang memerlukan nasihat seawal pagi atau selewat tengah malam.

Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan rahmat yang telah dianugerahkan oleh Allah ini. I would never ever ask for a better husband, or better chidren. They are the best for me. Dengan Herbalife juga kami sekeluarga semakin rapat dalam masa susah dan senang. Segala keringat, masa dan modal yang dikeluarkan semuanya berbaloi. Setiap Vacation yang kami pergi dengan Herbalife merupakan pengalaman dan hadiah yang paling berharga buat kami sekeluarga. Kerana itulah aku akan sentiasa berusaha keras bagi memastikan yang kami akan layak untuk menyertai sebarang percutian yang ditawarkan oleh syarikat Herbalife.

Oleh itu, untuk orang-orang penting dalam hidup aku ini, aku terpaksa melakukan pengorbanan meninggalkan beberapa perkara yang aku terpaksa tanggung, dan bawa bersamaku selama ini. Ini semuanya atas sebab ingin menumpukan lebih masa kepada keluarga. Supaya mereka tidak berterusan rasa diabaikan.

Aku mesti melakukan pengorbanan ini. Kejayaan tidak akan datang tanpa pengorbanan. Semoga Allah merestui keputusan yang telah aku ambil untuk memilih keluarga aku berbanding dengan perkara lain dalam dunia ini. Semoga Allah memberikan rezeki-Nya kepada ku melalui Herbalife agar kami sekeluarga dapat hidup bahagia selamanya.

Terima kasih atas sokongan semuanya selama ini. Doakan semoga niat aku untuk membantu lebih ramai orang dengan misi Herbalife dipermudahkan oleh-Nya. Semoga kami sekeluarga kekal bahagia untuk selama-lamanya.

 (Mode: Bersyukur dalam kepenatan)

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...