Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Wednesday, July 15, 2009

Butter vs Margarine

This morning, aku terlibatkan diri dlm perbualan kawan sekerja mengenai pilihan butter dan marjerin. Menurut colleague aku ni, Doktor dah nasihatkan dia untuk guna marjerin instead of butter, disebabkan masalah kolestrol dia.

Sebenarnya dia ni kecil molek aje orangnya, tak gemuk pun. Tapi bila dia buat medical checkup tahun lepas, doktor detect level kolestrol dia agak tinggi. So dia pun dah jumpa dengan pakar pemakanan dan dinasihatkan untuk pilih makanan yang rendah kolestrol. Masa ni lah dia sedar yang butter, yang memang menjadi kegemaran dia untuk makan dengan roti, adalah membahayakan untuk diri dia.

Oleh kerana aku pun tak pernah realized pasal benda ni, so aku cuba search dalam Internet. Rupanya topic ni memang dah lama, kontroversional orang kata. Dalam Internet memang ada banyak pasal topic ni. Boleh google aje. Cuma kat sini maybe aku nak summarize sikit untuk reference sendiri juga.

Butter dan margarine masing-masing ada kebaikan dan keburukan.
Butter mengandungi saturated fat iaitu yang dikenali sebagai bad fat sebab menaikkan paras kolestrol jahat (LDL level).Saturated fat ni selalunya datang dari animal products dan some plant product macam palm oil, coconut oil and palm kernel oil.

Marjerin pulak, masa baru dikeluarkan dulu, mengandungi banyak trans fat. Trans fat terhasil masa proses hydrogenation, dan selalunya ada dalam processed food macam french fries, popcorn dan lain-lain. Trans fat juga bad fat sebab naikkan paras kolestrol jahat (LDL) sama macam butter tadi.

Solution: Choose Soft Margarine With No Trans Fat
Soft Margarine yang dikeluarkan oleh manufacturer sekarang lebih sesuai digunakan kerana "zero cholesterol, no trans fat and typically very small amounts of saturated fat". Tapi yang paling penting kena check food label sebelum dibeli.

Kesimpulannya, antara perkara baru yang aku temui hari ini ialah:-

1. Guna soft margarine.
Selalu guna brand Naturel, tapi tak ingat brp kandungan trans fat dan saturated fat dia. Balik kena check. Maknanya Planta tu tak baguslah ye.

2. Ada good fat and bad fat.
Good fat contohnya monounsaturated fat (olive oil, nuts oil) dan polyunsaturated fat(fish oil).
Bad fat mcm diatas - saturated dan trans fat.

3. Kurangkan processed food - actually ni memang dah tau, cuma nak remind diri sendiri kurangkan beli fries, nuggets di rumah walaupun memang food ni yang paling mudah nak sediakan. Kena start merajinkan diri buat homemade makanan-makanan mcm ni.

4. Yang paling penting - check food label.
Different brand tak sama nutrition facts dia. So kena rajin-rajinkan diri baca label sebelum membeli.

Source: healthcastle dan annecolins websites

1 comment:

  1. wow...thanx 2 u.... xpayah susah2 wat research sendiri.. very useful lahh... thanx again

    ReplyDelete

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...