Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Monday, December 28, 2015

Cara Sihat Untuk Kurus Sebelum Kahwin

Dapatkan Cara Sihat dan Berkesan untuk Kurus Sebelum Kahwin

Adakah anda sedang dalam perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dan ingin kurus sebelum kahwin?

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya untuk turunkan berat badan?

Jangan risau! Anda mungkin masih mempunyai banyak lagi masa sebelum berjaya kurus sebelum kahwin. Beri masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk kuruskan badan, bergantung kepada bentuk badan anda sekarang.


Saya nak kurus sebelum kahwin

Saya pernah mengalami pengalaman yang sama nak kurus sebelum kahwin. Selepas balik dari pengajian Ijazah saya dari US, berat badan saya sangat tinggi hingga mencecah lebih dari 90kg. Nak timbang pun tak sanggup masa tu.

Gambar saya sebelum berkahwin dan ketika belajar di US
Oleh kerana bakal suami saya, iaitu suami saya sekarang merupakan seorang yang sangat kurus, saya tidak mahu kami nampak janggal di atas pelamin. Tentulah nak kahwin nanti saya mahu nampak cantik, kurus, dan sepadan dengan pasangan saya. Oleh itu, saya betul-betul bertekad untuk kurus sebelum kahwin.

Sebenarnya saya sudah lama mencuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan seperti berdiet sendiri, bersenam dan lain-lain lagi tetapi tidak berjaya. Atas desakan perlu kurus sebelum kahwin, sayamengambil keputusan untuk mengambil pil diet atau ubat kuruskan badan. Tetapi saya agak risau jika ada kesan sampingan dari ubat tersebut, jadi saya dapatkan pil diet dari doktor di sebuah klinik. Dengan pantauan daripada doktor setiap 2 minggu, saya berjaya turunkan berat menjadi 72kg ketika itu.

Saya dapat kuruskan badan dengan pengambilan produk kuruskan badan pil diet kerana ia menahan rasa lapar dan nafsu untuk makan. Saya tidak makan tengahari, mengambil kalori sangat rendah, berjogging dan beraerobik hampir setiap hari. Walaupun agak khuatir dengan bahan kimia dan ubat yang terdapat dalam pil diet itu mungkin memberikan kesan tidak baik untuk kesihatan saya untuk jangka masa panjang, saya tidak ada pilihan lain dan tidak faham cara sihat untuk kurus sebelum kahwin. Tidaklah saya tahu pada ketika itu bahawa menahan lapar menyebabkan metabolisme badan saya menurun.

Berjaya turunkan berat badan untuk berkahwin
Tapi, tahukah anda apa yang berlaku selepas saya kahwin?

Sebaik sahaja selepas kahwin berat badan saya naik secara mendadak. Oleh kerana target asal hanyalah mahu kurus sebelum kahwin, selepas kahwin berat badan saya naik bagaikan dipam-pam. Sehinggalah selepas saya melahirkan anak, saya hampir putus asa dengan masalah berat badan saya. Ketika saya masih menyusukan anak kedua, saya faham saya tidak boleh ambil pil diet semula, walaupun bagi saya itu sahaja pilihan untuk saya nak kurus.Saya mula risaukan kesan jika saya kurus dengan pil diet terutama kerana saya masih menyusukan anak.

Saya dah cuba pelbagai cara diet sendiri, diet tanpa makan nasi, bersenam secara bersungguh-sungguh dan lain-lain lagi tapi saya tahu bahawa saya tidak akan berjaya untuk melakukannya. Berat turun sangat perlahan, saya hadapi masalah susah buang air, dan tenaga juga berkurang. Akhirnya saya jadi cepat marah ketika menguruskan rumah tangga kerana kepenatan dengan lemak berlebihan dalam badan, selalu tidur pada waktu luang di pejabat, dan saya putus asa dengan bentuk fizikal saya.

Akhirnya saya bertemu dengan produk Herbalife.

Saya bertemu dengan produk Herbalife secara online dari internet, dan seorang Coach Turun Berat Badan yang sangat prihatin membantu saya untuk mencapai hasil yang saya inginkan. Dengan diet yang disediakan oleh Herbalife, saya rasa sangat mudah untuk dilakukan. Yang best sekali, saya boleh terus ambil makanan kegemaran saya termasuk nasi, saya rasa lebih bertenaga dan lebih ceria. Apa yang penting kesan Herbalife adalah selamat untuk saya yang masih menyusukan anak. Akhirnya dengan bantuan Coach Bebas Herbalife saya, saya berjaya turunkan 18kg daripada berat asal 92kg kepada 74kg!

Ketahui bagaimana saya dapat turunkan 18kg berat badan walaupun sibuk.

Gambar saya memakai baju nikah selepas 5 tahun berjaya turunkan berat badan dengan Herbalife

Kebaikan Herbalife ialah pelan pemakanan untuk kuruskan badan adalah sangat mudah diikuti. Yang paling penting sekali, apabila berjaya turunkan berat badan, saya dapat terus mengekalkannya. Selain itu kesan sampingan Herbalife semuanya positif dan saya terus mengamalkan diet Herbalife berkesan ketika mengandung dan berpantang dengan Herbalife anak saya yang ketiga. Kini pada usia hampir mencecah 40 tahun, saya rasa lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih muda!

Jadi, persoalannya sekarang, jika anda nak kurus sebelum kahwin, adakah anda akan memilih penyelesaian yang bersifat sementara atau berkekalan? Adakah anda ingin terus kekal kurus walaupun selepas berkahwin, dan melahirkan anak?

Hubungi saya jika anda ingin memilih Herbalife untuk mendapatkan kesan kurus ketika berkahwin dan terus mengekalkan penurunan berat badan untuk jangkamasa panjang. Lantik Coach Turun Berat Badan anda sekarang!

Biar saya hubungi anda dengan mengisi borang di bawah:-


Nama:
Email:
No Telefon


atau hantar SMS/ Whatsapp  ke nombor 017-9360797


This HTML form was created by Freedback.

No comments:

Post a Comment

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...