Follow my Instagram @azierayazid for latest update

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Cabaran dalam menurunkan berat badan


Dalam menurunkan berat memang banyak cabaran. Aku sendiri mengalaminya. Orang-orang yang aku kenal dan kawan-kawan yang lain juga mengalaminya. Apa yang penting ialah kita harus tetapkan matlamat dan target yang ingin dicapai, dan ini akan dapat membantu kita menghadapi cabaran yang datang.

Antara jenis-jenis cabaran yang biasa dihadapi oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan adalah seperti berikut:-

Pengurangan tidak seperti yg dijangka atau diinginkan
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pengurangan berat seharian. Antara faktor-faktornya ialah jumlah air, garam yang diambil, dan kandungan nutrien dalam badan. Ini merupakan faktor daripada pemakanan. Yang penting, jangan putus asa sekiranya kita harapkan dapat turun 0.5kg untuk minggu ini, tetapi tidak.Kita harus tetapkan semangat untuk terus menurunkan berat badan dan mencapai target berat yang diinginkan.

Tidak berpuas hati
Walapun dengan pengurangan yang sedikit, lama-kelamaan anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan. Kadang-kadang, seperti fator diatas, apabila penurunan adalah sedikit, sesetengah orang merasakan yang mereka sudah gagal. Tetapi sebenarnya penurunan yang sedikit ini akan bertambah menjadi penurunan besar kelak, dan akan tetap mencapai angka yang diinginkan pada masa akan datang.

Mudah terpesong
Kadang-kala kita mudah terpesong daripada diet dengan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak, terutama sekali dalam hari-hari perayaan atau perjumpaan keluarga dan rakan-rakan. Atau mungkin juga kita berjaya melawan nafsu dalam majlis bufet dengan mengambil makanan sedikit sahaja, tetapi pilihan makanan yang kita ambil itu kadangkala merupakan makanan-makanan yang tidak berkhasiat.

Akhirnya, kita mengambil keputusan untuk terus menghabiskan makanan dalam pinggan. Mungkin juga kerana sesal dengan diri sendiri kita terus mengambil keputusan untuk terus merosakkan diet kita untuk sepanjang hari, minggu, bulan atau tahun berikutnya. Kita seharusnya kembali insaf dan kembali ke pangkal jalan bermula pada waktu makan yang seterunya, supaya kita tidak terlalu jauh terpesong daripada pelan menurunkan berat badan

Sabotaj kawan dan rakan-rakan
Orang-orang yang rapat dengan kita merupakan orang yang paling mudah untuk menarik kita daripada perancangan kita menurunkan berat badan. Biasanya, bagi rakan atau ahli keluarga seperti ini, mereka tidak mahu untuk menurunkan berat badan, oleh itu mereka tidak suka untuk orang lain menurunkan berat badan. Apa yang kita perlu buat ialah untuk menahan pelawaan atau 'paksaan' kawan seperti itu.


Pilihan makan luar
Bagi mereka yang aktif, dan tidak berpeluang untuk masak dirumah, makan di luar merupakan pilihan yang paling mencabar sekali. Adalah penting untuk memilih restoran yang menyediakan pilihan makanan yang berkhasiat. Sekurang-kurangnya ita perlutahu bagaimana cara makanan yang ingin kita makan itu dimasak, dan kandungan di dalamnya. Kurangkan pilihan makanan bergoreng, dan berminyak dan elakkan daripada mengambil makanan segera yang tidak menyihatkan untuk badan kita.

Jemu dengan makanan yang sama
Biasanya kebanyakan orang selalu menganggap bahawa makanan yang sihat selalunya tidak sedap. Apabila kita selalu makan makanan yang sama dengan kerap, kita akan mudah menjadi jemu.Menyediakan makanan yang sedap, menarik dan dengan cara yang kreatif akan mengelakkan daripada perasaan jemu, dan tidak mudah berputus asa.Kita boleh menikmati makanan yang sedap dan istimewa sebagai ganjaran kepada diri sendiri dalam seminggu sekali.

Selain itu, Herbalife menyediakan lima perisa shake yang sedap dan mudah disediakan, dan anda tidak akan jemu untuk menikmatinya. Kita juga boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk mencampurkan perisa-perisa ini atau mencampurkan dengan bahan lain untuk pilihan perasa yang lebih menarik.

Secara kesimpulannya, disiplin diri yang tinggi dan semangat yang waja akan dapat membantu kita dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Sekiranya anda hampir berputus asa dalam usaha menurunkan berat badan, anda harus kembali bersemangat dan cari motivasi anda, dan percaya yang anda akan dapat mencapai berat yang diinginkan tidak lama lagi.

Hanya kita sendiri yang dapat melakukan perubahan pada diri kita, dan bukan orang lain.

Sunday, January 23, 2011

Terlalu Selesa?

Ye, itulah yang aku rasa selama ni....

Terlalu selesa sebab apa?

Terlalu selesa sebab dah turun berat yang banyak daripada 92kg kepada 74kg.

Ketika sampai di zon selesa ini aku telah lupa diri.
Ketika itu saiz baju bertukar daripada XL kepada L, saiz 48 kepada 40, dan semua pakaian dalam almari sudah berganti.

Sedangkan hakikatnya berat aku boleh turun lagi, dan perlu turun lagi.

Kadang-kadang bila semangat datang, turunlah ia ke 72kg. Tapi bila lupa diri, boleh naik hingga 76kg.

Jadi, sekarang ni aku dah nekad. Target terkini ialah 65kg.
Walaupun target ni bagi aku sangat susah untuk dicapai, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

Oleh sebab itu aku perlu meletakkan angka 65 sebagai target, supaya aku rasa lebih bersemangat dan betul-betul berusaha keras.

Mulai hari ini aku akan shake, shake, dan shake dengan Herbalife. Aku akan pastikan yang aku akan shake 2 kali sehari, atau lebih sekiranya perlu.

Jadi, azam aku untuk tahun 2011 ialah untuk capai 65kg.

Adakah ini bermakna aku terpaksa menukar lagi semua baju dalam almari?....



Friday, August 20, 2010

Entry di bulan puasa

Masa dalam bulan puasa ni agak terhad untuk aku menulis walau satu post pun dalam blog ini. Tapi oleh kerana dah lama sangat tak post entry, rasanya it's time to do it.

Rasanya kebanyakan orang pun sama. Masing-masing dalam bulan Ramadhan ni cuba memperbaiki diri, menambah pahala dengan meningkatkan amalan, selain menjaga kesihatan diri masing-masing. Dalam pelbagai sumber juga memang diberitahu bahawa amalan berpuasa dan bertarawikh pada malamnya dia bulan Ramadhan ini memang satu amalan yang baik dan sihat untuk badan. Asalkan kita masih beringat-ingat waktu berbuka, dan jangan membazir. Kerana amalan pembaziran juga merupakan satu ujian di bulan Ramadhan ni.

Untuk diriku sendiri, waktu hari minggu jelah ada masa untuk berehat sedikit. Pada hari-hari bekerja memang waktu memang 'packed'. Waktu kerja kami adalah dari 8:30 pagi hingga 4:30 petang. Waktu tengahari lepas Zuhur ada aktiviti tadarus. Pukul 4petang pulak dah mula dengan tazkirah, dan lepasa tu solat Asar berjemaah.

Lepas kerja, balik rumah terus berkejar ke dapur untuk memasak pulak. Waktu malam lepas terawikh je masa nak rileks sekejap sebelum masuk tidur. Nak mengadap komputer memang tak ada masa langsung waktu malam ni. Pukul 4:30 pagi pulak dah bangun untuk siapkan lauk sahur untuk suami. Lepas Subuh kdg2 ambil peluang untuk baring sebelum bersiap ke pejabat, dan siapkan anak-anak ke tadika.

Tapi Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ni memang penuh bermakna. Banyak benda yang aku dapat belajar terutamanya untuk meningkatkan ilmu dan pahala. Harap-harapnya lepas ni dapatlah kita meneruskan segala amalan baik yg kita lakukan di bulan puasa ini, untuk sepanjang masa.

Apa yang aku sedari ialah, kita memerlukan bantuan dan nasihat daripada mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman, sebagai cara kita dapat mencapai kejayaan seperti mereka juga. Contohnya dalam membaca Al-Quran, kita diwajibkan untuk sentiasa membetulkan bacaan dan tajwid, dan dengan bimbingan seorang Ustzah, Alhamdulillah kelemahan diri dapat dikenalpasti dan diperbaiki.

Begitu juga dengan aktiviti seperti mendengar tazkirah. Kita akan sentiasa mendapat ilmu dan motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan sebagai umat Islam juga, kita sepatutnya mencontohi amalan-amalan Rasulullah S.A.W. supaya hidup kita sentiasa mendapat pahala dan keberkatan.

Dalam kehidupan seharian juga, kita memerlukan mentor/coach untuk memajukan diri kita.Tak kiralah dari segi perniagaan, atau pun usaha seperti menguruskan berat badan. Dengan panduan dan nasihat yang betul, dan disiplin diri barulah kita dapat memperolehi apa yang kita ingin capai.

Insya-Allah sama-samalah kita berdoa supaya kita amalan berpuasa kita diterima oleh Allah. Sambil-sambil tu selamat menyiapkan diri dan keluarga untuk Aidilfitri!

Sunday, April 11, 2010

My Diet Profile


Setelah mengikut online form dalam CalorieCount.com untuk mengetahui jenis profile diet, hasilnya ialah aku merupakan seorang Excessive Eater. Ini merupakan sebab kenapa berat badan aku boleh jadi sangat overweight dulu, dan dengan mengenalpasti kelemahan dalam diet jugalah dapat mengelakkan daripada berat naik semula.

Excessive Eater


You tend to overeat, which is very common in our society. As published in the Journal of Nutrition, Education, and Behavior, the amount of food we consume is proportional to the amount of food we get served. Unfortunately, the portions in restaurants and the size of products in supermarkets have both grown tremendously over the years. Super size, anyone?

Your Eating Habits
Despite the amount of food that you consume, your diet is most likely not nutritionally balanced and does not meet your daily values of essential nutrients, vitamins and minerals. There is commonly a link between satiety and health - foods rich in fiber and that tend to fill you up quickly are usually better than foods that you can eat a lot of.

The Solution
Calorie counting and food journals are an effective method against overeating. They help you understand where your calories come from, and which foods you should be careful with. Also, it's a good idea to add some exercise to your daily routine. This will not only increase your calorie allowance, but it will improve your health and make you feel great!

Additional Factors
As a busy mom, your priorities are such that you always come last, and this has resulted in some extra weight over the years. Your kids are the most important thing in the world for you, and this has shifted your focus too much in their direction, so that you neglected yourself. In addition, your busy schedule makes it hard to take enough time for healthy eating and exercising.

Your weight loss success depends heavily on the cooperation of the people around you. They must allow you a little bit more time for yourself, and you could also ask some of your friends and relatives to help out with the daily workload. Last but not least, remember to ask your partner for as much support as possible. After all, your success in weight loss is just as much in his interest as it is in yours!


Berdasarkan analisis profile diet ini, adalah didapati bahawa kebanyakan orang jenis Excessive Eater akan menghabiskan jumlah makanan yang dihidangkan kepada kita. Walaupun portion yang diberikan adalah besar, kita akan tetap menghabiskan semua makanan dalam pinggan walaupun sudah kenyang!

Excessive eater perlu memilih jenis makanan yg diambil, bukan setakat untuk mengenyangkan perut sahaja, tetapi juga bagi memberikan vitamin dan nutrien yg diperlukan oleh tubuh,

Kiraan kalori harian merupakan satu kaedah yang sangat berguna untuk mengetahui bilangan kalori yg diambil setiap hari, dan mengawal supaya tidak melebihi daripada jumlah kalori seharian yang dibenarkan. Dengan melakukan senaman, dapat membantu mengurangkan kalori yang diambil setiap hari.

Kejayaan untuk menurunkan berat badan juga banyak bergantung kepada orang sekeliling. Kita patut minta bantuan daripada kawan dan saudara mara untuk membantu dalam melaksanakan tugasan seharian selain mempunyai masa untuk menjaga diri sendiri. Sokongan daripada pasangan kita amatlah penting.

Berdasarkan analisa ini, aku mengambil keputusan untuk meneruskan beberapa langkah baik yang telah dilaksanakan, dan cuba berubah lagi ke arah yang lebih baik:-
1. Membuat appointment untuk bersenam.
2. Menukar menu kepada jenis makanan sihat.
3. Kawal portion pengambilan makanan.
4. Mengubah menu daripada 3 kali sehari kepada 5-6 kali sehari mengikut keperluan.
5. Konsisten, konsisten dan konsisten.



Maybe next time aku boleh bercerita lanjut mengenai amalan baik ini. Untuk sekarang, anda muungkin boleh ke laman web tersebut untuk mengetahui jenis profile diet anda sendiri dan kenal pasti kelemahan diri dalam berdiet.

Aku akui dengan kelemahan dulu, berat menjadi sangat tinggi. Nasib baiklah dengan Herbalife, banyak berat berjaya diturunkan. Cuma sekarang, usaha untuk mengekalkan berat badan perlu terus dilaksanakan untuk mendapat berat badan yang diinginkan.

p/s: Ketahui cara menguruskan berat badan dengan Herbalife di sini.

Friday, November 13, 2009

Motivasi

Dalam persiapan aku menyediakan barang untuk trip yang jauh minggu depan, terjumpa dalam kotak 2 helai jeans Levi's 501 milik suamiku yg bersaiz 30. Bygkan betapa kurusnya dia waktu tu.

Untuk pengetahuan sesiapa yg masih belum tahu, kami berdua ni lulusan drpd Universiti di US tahun 1998. So 501s ni dibeli masa kami di US le. Murah kan kat sana.

Untuk pengetahuan jugak, skrg ni aku dah pakai jeans milik dia dgn saiz 32. Dah skrg ni dia dah pakai saiz 34 hehe.

Jadi, aku pun tertanya-tanya sama ada aku patut cuba turunkan lagi berat hingga aku muat jeans saiz 30 itu? Oh..sangat teringin sekali. Sangat sayang sebab jeans2 itu masih elok2 lagi. So, maybe I should kan? Hmmm...tak apa...tunggu balik dari trip nanti, bulan 12 boleh start semula usaha.

2 helai jeans itu sungguh memotivasikan diri huhuhu.

p/s: Jangan tanya aku pakai saiz jeans apa masa di US dulu...36 ok, 38 pun ada..sangat besar. InsyaAllah nanti aku akan letak gambar2 di saat2 kegemilangan ku itu. Tungguuuuu....

Wednesday, April 22, 2009

2 kali shake..susahnya sekarang ni :(

Aduhhh..kenapa sekarang ni susahnya nak maintain ambil Shake 2 kali sehari? Kalau macam ni, macamana nak turunkan lagi beberapa kg ni?

Entah kenapa susah betul nak menahan diri daripada godaan yang datang. Ajakan kawan-kawan pergi lunch, perlawaan suami untuk makan, kalau dulu semua tu boleh ku tepis dengan mudah. Tapi sekarang ni mudah betul tergoda.

Masa nak turunkan berat yang banyak daripada 92kg tu, senang je nak kawal diri dan disiplinkan diri. Memang ambil shake 2 kali sehari, maintain. Cuma sekali sekala je ambil sekali saje. Tapi sekarang ni banyak ambik shake untuk breakfast je. Masa di ofis pergi lunch dengan kawan-kawan. Konon-konon bertekad malam nak dinner dengan shake. Tapi...asyik kantoi je. Mungkir janji pada diri sendiri.

Minggu ni je memang everyday amik shake utk breakfast je. Hari ni pulak pergi ikut kawan ke McD. Untuk sedapkan hati, fikir dalam hati, takpe...sekali sekala je pergi. Actually aku tak pernah makan McD sejak ber Herbalife dari bulan 12 dulu tu. So konon-kononnya tak apalah hari ni amik McD. Pastu, amik kau. Sebiji Double Cheeseburger tu aku habiskan huhuhu.

Nasib baik petang ni dapat pergi kelas pilates. Tapi, lepas jemput aku pukul 7 tadi, suamiku bawak pergi ke pasar malam pulak...Siap dia tanya,"Tak nak beli apa2 ke?".

Aku cakaplah,"Ish..tadi dah makan McD".

Dia cakap," Ikutlah. Tapi bakso ni nampak sedap. Lain daripada yang menu biasa".

Kesudahannya masuklah bakso tu ke dalam perut aku ni untuk dinner huhuhu. Tak membantu langsung dalam pembuangan kalori drpd kelas pilates tadi.

Kesimpulannya, aku kena mulakan balik proses memotivasi diri sendiri. Kena janji pada diri sendiri untuk teruskan usaha untuk kurus dengan amik shake 2 kali sehari. Memang kadang-kadang tu, dalam usaha kita ada ups and downs. But we better not stay down.Kena motivate diri untuk bangun semula. Kena abaikan godaan-godaan yang datang.

Kadang-kadang kita ni mudah terpengaruh, contohnya bila orang cakap," Ala...oklah tu. Badan dah kurus. Tak yah kurus lagi. Nanti nampak cengkung sangat tak cantik." So, untuk sedapkan hati sendiri, aku pun fikir, oklah...slow2 turun pun tak apa. Kalau tak turun pun dah cantik dah...

Jadi sekarang kena tepis pemikiran macam tu. Kena balik kepada tujuan asal aku, untuk capai berat ideal dengan BMI paras normal. Supaya badan terus sihat. Lepas dah capai impian tu, barulah boleh maintain je.

Penafian Tuntutan Ahli Bebas Herbalife

Disertakan Jenis-jenis Penafian Tuntutan dalam semua post blog Coach Bebas Herbalife Aziera Yazid:-

1. Kesemua Gambar Testimoni Atau Keberkesanan Produk:

"Keputusan Adalah Tidak Tipikal. Hasil Individu Mungkin Berbeza-Beza"

2. Kesemua Gambar Gaya Hidup Atau Pendapatan:

"Pendapatan Tertakluk Kepada Individu Digambarkan Dan Bukan Purata."

3. Kesemua Imej-Imej Produk Herbalife:

"Produk-Produk Ini Tidak Bertujuan Untuk Mendiagnos, Merawat, mencegah Atau Mengubat Mana-Mana Penyakit."

Coach Herbalife

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...