Coach Herbalife

Thursday, July 29, 2010

Misi Diet sebelum puasa


Since ramai kawan-kawan sepejabat ni yang dah start pulun nak diet before start puasa lagi, so aku pun ambil peluang untuk kembali kepada 2 kali shake sehari. Kami masing-masing memang susah nak kawal makan bila balik rumah. Almaklumlah kat rumah kena memasak untuk suami dan anak-anak, memang payah nak control daripada tabit merasa dan mencuba makanan. Solution yang paling bagus ialah untuk diet di pejabat.

This week memang aku dan kawan-kawan lain memang dah tak keluar makan. Aku dah start semula shake untuk breakfast, dan lunch pun dengan shake. Waktu lunch break memang kami masing-masing duduk dalam opis jelah. Masa untuk borak-borak masa lunch pun dah tak de dah. Cuma jumpa sekali sekala je bila kebetulan.

Lagipun, kalau kita diet, memang tidak digalakkan kita ikut2 sekali orang nak pergi makan ke, walaupun dengan harapan dan niat kita tak akan makan sekali. Nanti, in the end memang mudah kita terjerumus dalam perangkap 'tipu diet'. walaupun kawan-kawan tak paksa, kita sendiri yang akan merelakan diri kita untuk makan.

Kelebihan shake waktu breakfast dan shake waktu lunch adalah sama macam kita berpuasa. Nak balik rumah nanti mulalah fikir nak masak apa untuk dinner. Memang tak sabar nak makan waktu dinner tu nanti. Macam-macam dalam kepala.

Sebab inilah kelebihan
Herbalife. Memang semudah 3-2-1.
3 - Makan 3 kali sehari
2 - Shake 2 kali
1 - Makan normal meal sekali sehari
Dengan formula ni sahaja kita akan berjaya turunkan berat badan.

Masa normal meal tu kita boleh makan apa sahaja, asalkan tidak memudaratkan. Tapi kalau nak result yang cepat, kita kenalah control apa yang kita ambil waktu makan tu.Walaupun kita makan nasi dengan lauk yang biasa, jumlah kalori sehari yang kita ambil masih di dalam jumlah yang tidak melebihi pengambilan kalori seharian. Inilah konsep yang digunakan oleh
Herbalife.

Tak payah susah-susah nak tahu berapa bilangan kalori setiap jenis makanan. Tak ada pantang dan tak ada apa-apa makanan yang tak boleh makan. Memang simple kalau nak turunkan berat badan dengan
Herbalife ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara bagaimana untuk turun berat badan dengan efektif menggunakan produk Herbalife boleh
email saya.

Wednesday, July 28, 2010

Sakit kaki



Petang kelmarin urat pada kaki kiri entah mana silapnya menyebabkan kaki tu jadi betul-betul sakit. Malam tu terpaksa letak minyak panas dan urut-urut kemudian balut supaya tak masuk angin. Esoknya terpaksa pergi kerja dengan kaki berbalut bandage dan berselipar.

Nasib baiklah masa lunch break sempat jumpa dengan tukang urut di kawasan perumahan untuk dia tengokkan urat pada kaki tu. Sempatlah dia tolong urutkan sekali satu badan untuk legakan urat-urat yang tegang. Alhamdulillah hari ni kaki dah beransur baik, dan boleh sarung ‘flat’ shoes. Badan pun rasa ringan je sejak semalam lepas muscle2 dilurut dan ‘dibetulkan’ balik.

Masa sakit semalam, aku sedar bahawa kita manusia bila-bila masa sahaja akan ditimpa penyakit. Bila dah nak jadi tu, memang terus jadi tanpa sebarang ‘warning’. Tiba-tiba je badan jadi lemah dan tak berdaya nak buat apa-apa. Itu memanglah putaran hidup dimana kita akan sihat, sakit dan kemudian mati.

Cuma sebagai manusia kita haruslah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Kita harus berusaha supaya keadaan sihat kita ni dapat dipanjangkan lagi, sebelum kita ditimpa sakit. Kita kena betul-betul jaga diri sendiri.

Terutama bagi wanita, walaupun bukan ketua kepada keluarga tetapi merupakan seorang insan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai isteri, kena uruskan segala keperluan suami. Sebagai ibu, kena uruskan semua yang diperlukan oleh anak-anak. Bila kita dah sakit, memang rasa ‘sedih’ dan tidak bermaya bila tak dapat buat kerja-kerja yang biasanya kita lakukan. Dan kita pun akan rasa, walaupun ada bantuan daripada suami atau orang lain, masih tak sama dengan hasil yang kita dapat dan rasa bila kita buat sendiri.

Bak kata kakak yang urut badan aku tu, kita kena jaga diri sendiri. Dari segi kesihatan, kecantikan dan segalanya lah. Sebelum sakit,kita tidak akan dapat menghargai betapa besarnya nilai kesihatan yang kita ada.

Oleh itu, kita kena pastikan badan kita sentiasa sihat untuk diri sendiri dan keluarga. Selagi boleh, kena elakkan daripada terkena sebarang penyakit, terutama penyakit yang kronik. Jagalah diri anda, ubah kehidupan dan pemakanan kearah yang sihat.

Monday, July 26, 2010

Persediaan menyambut Ramadhan



Dalam masa kurang dari 15 hari lagi Umat Islam akan menyambut Ramadhan. Seronoknya, kan? Memang tak sabar tunggu bulan puasa tiap2 tahun. Lepas tu Syawal pulak, lagi seronok.

Untuk persediaan Ramadhan ni ada dah dah berazam untuk ambil kesempatan turunkan sikit berat badan sambil menunaikan kewajipan yang Fardhu ni. Bayangkan dalam bulan puasa tahun lepas aku berjaya turun berat badan dalam masa sebulan. Seronok betul!

Ok this year pun harap-harap dapatlah turun lagi berat. Cuma, this year nak betul-betul maintain supaya masa bulan Raya nanti tak gain balik semua berat yang dah hilang tu. Ada orang, boleh naik double lepas Raya tu. Bahaya…bahaya….

Seperti biasa penggunaan Herbalife masa bulan Puasa hanyalah untuk sahur sahaja. Kalau rasa-rasa perlu, before tidur pun boleh amik shake juga. Pastikan dapat menu yang terbaik supaya sentiasa sihat dan segar sepanjang berpuasa. Turun berat badan tu hanyalah salah satu side effects yang bagus semasa berpuasa. Bila dah turun berat, badan dah slim, barulah seronok nak melaram di Hari Raya kan?

Kalau nak baca entry pasal pengalaman aku mula berpuasa dengan Herbalife boleh baca sini.

Thursday, July 8, 2010

Item baru untuk dicuba

Kalau dalam post sebelum ini, dah ditunjukkan 'tool' yang baru dapat, kali ni aku nak cerita pulak beberapa tambahan barang baru yang diterima dalam minggu ni.

Ok, mula-mula sekali aku dapat 'hadiah' ni khas daripada Stella .


Memang berbaloi betul botol ni, sungguh praktikal untuk letak stok teamix masa kat pejabat dan minum untuk sepanjang hari. Baru aje plan nak beli alih-alih dapat hadiah pulak. Terima kasih banyak-banyak lah pada Stella ye.

Untuk pengetahuan semua, Herbalife dah keluarkan Aloe Vera Mix ni sejak dari Januari 2010 tapi baru kali ni berpeluang nak beli. Maybe sebelum ni belum 'terpanggil' lagi untuk beli sebab dah selesa dengan Shapeworks Set dan Nourifusion. Tapi bila ada pelanggan sendiri yang order item ni dan menurut komen dia, " Sedap dan menyegarkan" teruslah rasa nak cuba. Sekurang-kurangnya bila orang tanya rasa dan kesan pada badan, boleh cerita pengalaman sendiri, kan?

Selain daripada tu ada 1 lagi produk baru Herbalife yang baru keluar pada 22 Mei 2010 lepas iaitu Omega 3 Fish Oil. Produk ni pun dengarnya beri kesan yang bagus juga untuk badan. Ok, yang ni belum order lagi. Kena tunggu dulu. Almaklumlah bajet bulan ni dah 'lari' ke weight scale yang sangat berguna tu.

Selain daripada tu banyak lagi produk dalam Herbalife, dalam kategori Produk Penjagaan Badan. Aku pun memang pengguna NouriFusion Cleanser, Moisturiser dan Night Cream. Untuk kulit yang kurang bermasalah macam aku ni, penggunaan produk ni memang sangat bagus dan tidak pernah menimbulkan kesan-kesan yang tidak baik. Kepada sesiapa yang berminat nak cuba, bolehlah. Pastikan anda pilih jenis yang sesuai dengan jenis kulit anda.


Herbalife Aloe Hand Cream ni pun aku baru guna sejak seminggu yang lepas. Ini sebab terpengaruh dengan iklan yang cakap, "Tangan kita memerlukan krim yang khas untuk menjaga kelembapan dan kelembutan." Alah...dalam TV memang ada produk baru tu. Cuma aku tak belilah produk tu. Baik cuba yang Herbalife punya. Anyway, Hand Cream ni memang best sebab sebaik sahaja pakai, terus rasa tangan lembut gile. Bau dia pun best. Result jangka panjang belum tahu lagilah sebab baru guna, kan. Tapi untuk tangan yang asyik menaip di ofis, dan memasak serta berkebun di rumah, dan kerja-kerja rumah yang lain, rasanya boleh membantu kot, bagi tangan lembut sikit hehe.

Yang penting, apa-apa produk yang kita beli pun kita mestilah nakkan hasil yang betul-betul terbaik, berbaloi dengan duit yang telah kita belanjakan untuk mendapatkan produk tersebut, kan? Dan kalau kita dah dapat harga yang menarik untuk sesuatu produk, tak salah kalau kita gunakan item lain dalam produk tersebut asalkan bersesuaian dengan kita. Dan dengan jenama 'Herbalife' ni, rasanya tak sangsi lagi bahawa produk yang dikeluarkan adalah berkualiti dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada betul-betul menggunakannya dengan kaedah yang terbaik.

p/s: Untuk rasai kesan penggunaan produk Herbalife, boleh hubungi saya.

Sunday, July 4, 2010

Baru balik dari cuti

Mohon maaf banyak-banyak kepada semua yang telah menghantar email dan lambat mendapat balasan. Email-email anda telah pun dijawab pagi ini dan InsyaAllah selepas ini proses menjawab email akan dilaksanakan seberapa segera yang boleh.

Minggu lepas saya bercuti panjang kerana menguruskan emak dan abah yang baru pergi menunaikan Umrah pada Sabtu lepas. Oleh kerana rumah parents di Bukit Beruntung tu tak ada broadband, maka tak dapatlah nak online. Nak access dengan 3G pun tak sempat gara-gara banyak aktiviti lain, sambil menyambut tetamu yang datang ke rumah,

Alhamdulillah, kami sekeluarga dah pun selamat kembali ke Kuantan malam tadi, dan mulai hari ini dapatlah online seperti biasa. InsyaAllah, aktiviti posting dalam blog pun dapat diteruskan sikit-sikit sambil terpaksa menyiapkan tugasan yang lain. Dalam kepala dah ada banyak nak post ni cuma kena kumpul bahan dan kumpul ayat je.

Oh ya, tak lama lagi, akan sampai suatu 'tool' yang sangat berguna yag ditempah khas dari KL, khas untuk sahabat-sahabat di Kuantan dan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan penerangan mengenai Herbalife secara bersemuka. So, tak sabar tunggu 'tool' tu sampai di Kuantan, supaya projek baru dapat dilaksanakan untuk pelanggan-pelanggan di Kuantan. Rupa-rupanya ramai orang di Kuantan ni yang berminat dengan Herbalife tapi tak tahu nak dapatkan di mana.

Anyway, saya masih lagi menumpukan kepada aktiviti mengedarkan Herbalife secara online untuk semua pelanggan seluruh Malaysia. Jadi tiada masalah walau di mana anda berada masih boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai Herbalife, atau pun untuk membuat tempahan. Jadi kepada semua yang berminat untuk mendapatkan produk Herbalife di Malaysia, boleh hubungi saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...