Coach Herbalife

Wednesday, July 28, 2010

Sakit kaki



Petang kelmarin urat pada kaki kiri entah mana silapnya menyebabkan kaki tu jadi betul-betul sakit. Malam tu terpaksa letak minyak panas dan urut-urut kemudian balut supaya tak masuk angin. Esoknya terpaksa pergi kerja dengan kaki berbalut bandage dan berselipar.

Nasib baiklah masa lunch break sempat jumpa dengan tukang urut di kawasan perumahan untuk dia tengokkan urat pada kaki tu. Sempatlah dia tolong urutkan sekali satu badan untuk legakan urat-urat yang tegang. Alhamdulillah hari ni kaki dah beransur baik, dan boleh sarung ‘flat’ shoes. Badan pun rasa ringan je sejak semalam lepas muscle2 dilurut dan ‘dibetulkan’ balik.

Masa sakit semalam, aku sedar bahawa kita manusia bila-bila masa sahaja akan ditimpa penyakit. Bila dah nak jadi tu, memang terus jadi tanpa sebarang ‘warning’. Tiba-tiba je badan jadi lemah dan tak berdaya nak buat apa-apa. Itu memanglah putaran hidup dimana kita akan sihat, sakit dan kemudian mati.

Cuma sebagai manusia kita haruslah berusaha dan bertawakal kepada Allah. Kita harus berusaha supaya keadaan sihat kita ni dapat dipanjangkan lagi, sebelum kita ditimpa sakit. Kita kena betul-betul jaga diri sendiri.

Terutama bagi wanita, walaupun bukan ketua kepada keluarga tetapi merupakan seorang insan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai isteri, kena uruskan segala keperluan suami. Sebagai ibu, kena uruskan semua yang diperlukan oleh anak-anak. Bila kita dah sakit, memang rasa ‘sedih’ dan tidak bermaya bila tak dapat buat kerja-kerja yang biasanya kita lakukan. Dan kita pun akan rasa, walaupun ada bantuan daripada suami atau orang lain, masih tak sama dengan hasil yang kita dapat dan rasa bila kita buat sendiri.

Bak kata kakak yang urut badan aku tu, kita kena jaga diri sendiri. Dari segi kesihatan, kecantikan dan segalanya lah. Sebelum sakit,kita tidak akan dapat menghargai betapa besarnya nilai kesihatan yang kita ada.

Oleh itu, kita kena pastikan badan kita sentiasa sihat untuk diri sendiri dan keluarga. Selagi boleh, kena elakkan daripada terkena sebarang penyakit, terutama penyakit yang kronik. Jagalah diri anda, ubah kehidupan dan pemakanan kearah yang sihat.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...